Jumaat, 15 Januari 2010

Isu Kalimah Allah Boleh Guna: Siapa Sebenarnya Peliwat Agama?


Apa perasaankita jika bila kita dibohongi dan disembunyikan bahawa Kalimah Allah yang cetuskan kontroversi itu sebenarnya telah digunakan sejak 300 tahun dulu di Sabah dan Sarawak.Kenapa bila dah 8 buah gereja dibom dan dibakar di simbah cat merah baru pihak kerajaan dedahkan rahsia ini?

Gambar sebelah Malaysiakini

Lapor malaysiakini;

Selepas beberapa bulan tercetusnya isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah Allah digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penganut Kristian di dua negeri Malaysia Timur itu boleh terus menggunakan kalimah Allah bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Dan rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.

Pengumuman itu datangnya dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kiri) dalam satu wawancara ekslusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ianya sudah menjadi tradisi mereka di sana.

Nazri berkata, beliau pernah menyaksikan upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan mendengar perkataan Allah disebut di situ.

Ditanya mengapa perlunya dua peraturan mengenai penggunaan perkataan Allah, beliau berkata ia bukan satu amalan yang unik kerana Malaysia juga mempunyai dua undang-undang bagi perkara yang lain juga, contohnya, mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Menurut Nazri, situasi di Semenanjung berbeza kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun yang lalu. Baca di sini

1-Kalau di Sabah dan Sarawak orang Kristian boleh guna kalimah Allah apa beza sangat orang Kristian di Semenanjung dengan di Sabah /Sarawak?

2-Kenapa tunggu sampai bakar gereja,bom gereja,simbah cat,kencing dalam surau baru bongkar rahsia ini oleh Menteri?Adakah selama ini Umno-Bn tak tau semua ni dah lama kalimah Allah digunakan oleh orang Kristian?

3-Kenapa Kerajaan tak dedahkan lebih awal?Adakah Mais dan Jais serta geng pijak poster tak tau bahawa apa yang mereka perjuangkan itu telah digunakan sekian lamaoleh orang Kristian?Kenapa baru sekarang nak demontrasi ?

Patut PM dan TPM ke luar negara bagi Menteri Di Jabatan Perdana Datuk Seri Mohd Nazri buat kenyataan yang memang mereka dah tahu kalimah Allah tu telah sekian lama digunakan. Kita rakyat malaysia kena tipu lagi dengan Umno-Bn

Kepada geng yang tuduh Khalid Samad Peliwat Agama lebih baik hang pa pakat-pakat pi minta maaf kat Khalid Samad.Sekarang cuba hang pa jawab siapa sebenarnya Peliwat Agama?Jangan nak cakap pusing-pusing hanya Sabah dan Sarawak tak pa boleh guna Kalimah Allah kita di Semenanjung ni saja tak boleh . Sabah Sarawak tu bukan Malaysia ka?Kepala hotak kalau cakap macam tu.Jangan dok deras dan laju tak ketawan hala bila timbul satu-satu isu. Sekarang siapa terperangkap dan diperangkap atau jerat dah makan tuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan