Khamis, 14 Januari 2010

Khir Toyo Mau Pas Kata Apa Isu Bakar Gereja?

Maka berkatalah Khir Toyo dalam blog beliau isu bakar gereja;


5. Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa. Namun bukankah aneh ada satu pihak yang dahulunya begitu ektsrem dalam pendekatan Islamnya hari ini menjadi begitu liberal. Pihak ini jugalah sekarang menuduh UMNO di sebalik kejadian pembakaran gereja ini. Mereka melakukan tuduhan ini untuk meraih undi orang kristian dalam pilihan raya akan datang.Baca lanjut di sini

Sudah tentu yang dimaksudkan Khir Toyo 'pihak yang dahulunya ektsrem dalam pendekatan Islamnya' dalam blog beliau itu ialah Pas. Tak payah nak sembunyi-sembunyi Khir cakap biar terang.Yang tuduh Pas parti Komunis ialah Umno.Umno juga tuduh Pas parti pelampau dan juga parti ajaran sesat. Bila Pas dah tak dianggap ektsrem oleh Khir ialah sebab Pas dah berkawan dengan Dap dan PKR.

Khir Toyo kena ingat Parti Pas bukan parti dakwah macam Tabligh parti Pas adalah parti dakwah dan politik dan tak sama macam Umno yang jadi parti perkauman Melayu.Khir mungkin rasa seronok dalam isu bakar gereja dan berebut Kalimah Allah itu jika Pas kata "Kita sokong bakar gereja", "kita bakar biar sampai habis semua gereja yang ada", "Allah hanya hak kita" dan macam -macam lagilah. yang akan untung bila Pas kata lagu tu siapa masa tu? Sudah tentu Umno. Umno akan kata Pas parti ekstrem, pelampau agama, tidak layak untuk masyarakat majmuk, hanya layak kawan dengan Taliban dan macam-macam lagilah. Masa tu Umno bergembira tepuk tangan ramai-ramai kerana telah berjaya 'pekena' Pas dalam isu bakar gereja dan kalimah Allah.

Khir mau Pas menari ikut rentak Umno baru dianggap Pas bersama -sama Umat Islam bela Islam kalau tidak Pas dah dianggap terlalu liberal dah dalam bab agama.Kenapa Khir terasa macam Umno yang pi bakar Gereja tu.Kenapa Khir anggap 'pihak ini' tuduh Umno bakar Gereja? Awat yang terasa sangat kata Umno buat kerja tu?

Berikut petikan hujah Pas mengenai isu Allah;

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’. Baca semua di sini

Siapa yang akan ditangkap di bawah akta ISA jika dok deras dan laju ikut rentak Umno dan ngo-ngo yang pro Umno dalam isu ini? Sudah tentu pemimpin Pas akan ditangkap dan dikurung dibawah ISA, pemimpin Umno masa tu sekali lagi tepuk tangan kerana dah berjaya 'pekena' Pas.Baca di sini dan di sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan