Jumaat, 15 Januari 2010

Pengarah Jais Berlagak Macam MB

Jais dan MAIS dua Institusi agama Islam di Selangor sejak kebelakangan ini semakin berani membelakangkan kerajaan negeri dalam sebarang tindak tanduk mereka dalam membuat sebarang keputusan.Maklumlah depa ada kuasa berasingan tapi makan gaji dengan Kerajaan Negeri juga.

Pengarah Jais,Mohamad Khusrin kerjanya bodek Sultan saja lain tak ada.Apa saja tindakan beliau babitkan nama Sultan.Daripada sebesar-besar hama beliau akan sebut nama Sultan dalam sebarang tindakan beliau.Berkata Khusrin dalam laporan Malaysian Insider;

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad agar berhenti daripada mempertikai keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung isu penggunaan kalimah “Allah”.

Jais turut menolak dakwaan wakil rakyat itu bahawa pihaknya dan Mais sengaja ‘mempolitikkan’ isu berkenaan.

Sehubungan itu, Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata Khalid perlu mengkaji semula kenyataan tersebut kerana ia mempunyai kaitan dengan sensitiviti umat Islam khususnya di Selangor.

“Seharusnya sebagai Ahli Parlimen yang duduk di Shah Alam, beliau sepatutnya berpegang kepada pepatah ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’ dan sebagai rakyat Selangor beliau perlu hormati dan patuhi titah Sultan.

Beliau turut menafikan kenyataan yang mengaitkan Jais dengan Umno.

“Saya tidak faham ada orang tuduh kita (Jais) ini Umno, kita buat kerja berdasarkan undang-undang yang telah dikuatkuasakan di Selangor dan ia bukannya dibuat oleh saya.

“Walaupun ia dibuat oleh kerajaan terdahulu tetapi ia mendapat perkenan daripada Sultan Selangor. Seharusnya beliau atau sesiapa sahaja perlu hormati undang-undang ini.

“Sehubungan itu saya menafikan sekali lagi dengan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen itu dan kita harap selepas ini tidak ada lagi individu, ahli politik atau sesiapa sahaja di negeri ini yang akan mempertikaikan perkara ini,” katanya.Baca di sini

Jumaat lepas Jais dan Mais yang merupakan badan kerajaan telah berdemontrasi di Masjid Negeri selepas solat jumaat dalam isu pertahan Kalimah Allah. Agak-agak berani ka Jais dan Mais berdemontrasi kalau Umno-bn masih perintah Selangor? Sudah tentu Pengarah Jais tu kena panggil dan kena buang kerja agaknya.

1 ulasan:

  1. Salam...

    Kadang-kadang bila kita perhatikan pemimpin PAS juga melakukan tindakan yang sama dengan menggunakan nama sultan di dalam isu-isu tertentu. Ambil contoh di Terengganu suatu ketika dulu.

    Sukar bagi rakyat untuk membezakan yang mana betul, yang mana salah. Suatu ketika dahulu (sebelum zaman kegemilangan PR) selalu kedengaran kata-kata "Siapa pun memerintah, keadaan sama juga. Rasuah & penyelewengan tetap ada". Saya nafikan kenyataan tersebut. Tetapi sekarang saya malu sendiri kerana ianya terbukti benar.

    Kalau dalam UMNO ada pemimpin lembab, dalam PAS juga ada yang tidak kurang lembabnya. Bertindaklah sebelum rakyat bosan dengan kerenah ahli-ahli politik yang tidak bijak ni.

    BalasPadam