Sabtu, 23 Januari 2010

Adun Pas Ugut Kontraktor

Samaada kita nak percaya atau tidak berita ini terpulang kepada penilaian masing-masing.Seorang kontraktor yang dapat kontrak pembersihan telah buat laporan polis mengatakan bahawa beliau telah diugut oleh seorang Adun Pas di Kelantan supaya tarik balik kontrak yang beliau dapat.

Kadang-kadang kita bukan nak cerita keburukkan orang lebih-lebih lagi parti yang kita sokong.Tapi kalau kelaku dah buruk perangai tak elok adakah kita nak sembunyikan saja daripada diketahui orang.Pas adalah parti Islam jadi imej yang baik harus ditunjukkan bukan jadi pemeras ugut tak ketawan hala.Benda baik kita sokong benda tak baik walaupun kita sokong Pas kita kena lawan. Kita bukan sokong membabi buta dan bukannya sokong yang membawa rebah.

Betul kata Husam Musa dalam blog beliau;


Memang wajar media pro UMNO menyiarkan isu-isu 'dalaman' PAS untuk tujuan politik mereka. Sesuai dengan matlamat dan agenda mereka dan selagi kita bersedia memberikan 'bekalan' untuk tujuan itu, mereka sangat bergembira.Baca di sini

Lapor Malaysian Insider;
Seorang kontraktor membuat laporan polis terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana mendakwa menerima ugutan akan dikasari daripada pemimpin PAS itu.

Wan Din Wan Mamat, 49, mendakwa beliau diugut oleh ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, dengan pelbagai ugutan termasuk akan menggunakan pengikutnya untuk bertindak kasar ke atasnya.

Katanya, ugutan itu dibuat melalui telefon bimbitnya kira-kira pukul 1 tengah hari semalam ketika dalam perjalanan menaiki kereta dari bandar Tumpat ke Pasir Pekan dekat Wakaf Baharu di sini.

Zaki juga merupakan setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Wan Din berkata beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat pada pukul 5 petang semalam kerana takut dan bimbang dengan keselamatannya.

“Dalam perbualan telefon dia telah mengugut saya dengan pelbagai ugutan termasuk dia mempunyai pengikut yang ramai dan sekiranya pengikutnya bertindak, dia tidak akan bertanggungjawab apa jua yang berlaku ke atas saya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini.

Wan Din berkata ugutan itu dibuat setelah beliau membuat kenyataan balas terhadap cabaran ADUN terbabit yang dikatakan mempertikaikan kewibawaannya mendapat kontrak membersih Kawasan Bebas Cukai (KBC) Pengkalan Kubur.

“Dia suruh saya serah balik kontrak yang diperolehi itu, dia juga kata boleh batalkan kontrak saya itu,” katanya.

Seorang jurucakap polis daerah Tumpat mengesahkan menerima laporan daripada kontraktor tersebut.-Malaysian Insider

Sekiranya apa yang disiarkan ini tidak benar Adun Pas terbabit boleh menafikannya untuk kita ketahui apa yang sebenarnya berlaku antara kontraktor terbabit dengan adun berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan