Rabu, 13 Januari 2010

Kuil Sikh Pula Dilempar Batu

Nampaknya isu yang libatkan agama semakin keruh dan tegang ,bukan semakin kurang.Semakin banyak amaran semakin banyak sabotaj terhadap terhadap rumah ibadat pelbagai agama. Apakah 'mereka-mereka' ini dilindungi pihak-pihak tertentu untuk buat kerja ini supaya agenda politik mereka tercapai.

Lapor Malaysian Insider;

Selepas gereja dan sebuah surau di Klang dipercayai menjadi sasaran serangan pihak-pihak tidak bertanggungjawab, sebuah Kuil Sikh di Sentul di sini pula dilempar dengan batu petang semalam.

Dalam kejadian itu yang terjadi kira-kira pukul 6.45 petang, kaca di sebelah pintu masuk Kuil Sikh Gurdwara di Jalan Haji Salleh di sini didapati pecah akibat.

Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan siri serangan ke atas gereja sejak awal pagi Jumaat lalu.

Ketika insiden itu berlaku, beberapa sukarelawan yang sedang membersihkan kuil berkenaan, ternampak batu dilempar ke pintu masuk bilik sembahyang kuil tersebut.

Dipercayai, 15 biji batu dilemparkan ke kawasan kuil itu. Sukarelawan tersebut kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman yang mengesahkan insiden itu memberitahu Bernama bahawa pihaknya telah mengambil sampel batu yang dilemparkan dan siasatan dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan