Isnin, 11 Januari 2010

'Kapak Kechik' Dah Terbang

Terkejut membaca laporan Malaysiakini yang mendedahkan sebilah kapak terbang atau lebih popular dengan panggilan 'kapak kechik' terbang hinggap di kereta pemilik blog yang sering mendedahkan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang berkisar mengenai isu PMBK .

Lapor Malaysiakini;

Seorang penulis blog diancam dengan kapak terbang, dipercayai susulan tulisannya yang sering mendedahkan dakwaan negatif berkaitan pentadbiran kerajaan negeri.

Penulis Kickdafella Syed Azidi Syed Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini, kejadian itu berlaku hampir jam 11.00 malam tadi di rumahnya di Demit, Kota Bharu.

"Ketika sedang membancuh air di dapur, saya dengar bunyi yang kuat daripada luar rumah. Saya lihat melalui tingkap, ada sebuah kereta di hadapan rumah saya.

"Saya pun keluar untuk melihat apa yang berlaku tetapi kereta itu terus bergerak. Lepas itu saya nampak cermin kereta saya pecah dibaling dengan kapak," katanya. Baca di sini

Hujah dan kritikan tidak dijawab dengan hujah sebaliknya dijawab dengan 'kapak kechik'. Begitu juga dalam isu bakar gereja dan bom gereja manusia ambil jalan pintas dan mudah luahkan kemarahan dengan tindakan ganas tidak lagi dijawab dengan hujah dan pentas debat untuk selesaikan masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan