Jumaat, 29 Januari 2010

Royalti Bukan Wang Ehsan, Wang Ehsan Bukan Royalti-Ku Li

Tengku Razaleigh tetap mempertahankan kenyataannya dengan berkata Kerajaan Pusat wajib bayar 5 % hasil minyak dibayar dalam bentuk royalti kepada kerajaan negeri Kelantan bukannya wang ehsan yang diberikan kepada JPP yang dikuasai Umno Kelantan sebanyak RM20juta pada mac nanti.

Beliau juga tidak kisah apa orang nak kata akan kehadirannya dalam ceramah isu minyak Kelantan malam tadi di Stadium Sultan Mohammad ,Kota Bharu dan tindakannya itu juga dapat restu pihak Istana Kelantan.

Lapor Malaysian Insider;

“Saya maklum kepada tuanku perkara ini, tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus tok li, bagus,” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak lima peratus.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tomahan orang berhubung kehadirannya malam ini.

“Kalau ada orang kata, jawapan saya, peduli apa...,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah demi rakyat.

Pada sidang media, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng.

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa kerajaan pusat hanya akan bayar wang ihsan pada kerajaan negeri.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan, wang ihsan bukan royalti.”

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.

Terdahulu Tengku Razaleigh tiba di Stadium Sultan Mohd IV di sini kira-kira 9.30 malam tadi dengan diarak 50 beca sebagai simbolik 'usaha' kerajaan negeri itu membawa pertikaian bayaran royalti.-Malaysian Insider

Berkaitan;

Ku Li:Kelantan berhak dapat royalti minyak-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan