Jumaat, 29 Januari 2010

Jika Orang Islam Kena Bertaubat-Idris Ahmad

Ketua Penerangan Pas Pusat berkata pelaku yang lontar kepala babi hutan kena bertaubat jika ia melibatkan orang Islam.Nampaknya ramai pihak lebih berat mengatakan yang buat kerja tu orang Islam walaupun tidak ada kepastian pihak mana yang melakukan perbuatan terkutuk itu.
Lapor Harakahdaily;

Ketua Penerangan PAS Pusat,Idris Ahmad menyeru individu atau kumpulan yang terlibat dalam insiden melempar kepala babi ke dalam perkarangan dua masjid di sekitar Jalan Klang lama Selasa lalu agar segera bertaubat dan menginsafi perbuatan terkutuk itu.

Idris berkata, perbuatan mencemarkan rumah ibadat itu jelas bertujuan provokatif bagi mewujudkan suasana tegang di antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Saya minta kalaulah orang yang buat perkara ini orang Islam, dia harus segera bertaubat kepada Allah S.W.T kerana adalah satu dosa mencemarkan rumah ibadat apatah lagi rumah Allah ini.

"Kalau yang buat ini orang bukan Islam, saya harap dia tidak lagi mengulangi perbuatan ini kerana ia sangat sensitif kepada semua pengganut apa-apa agama di negara kita,"katanya ketika ditemui sewaktu melawat tempat kepala babi itu dilontarkan di Masjid Al-Imam Al-Tarmizi, Taman Sentosa semalam.

Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan