Jumaat, 30 September 2011

Umno sila hantuk kepala ke dinding

Harapan Umno untuk melihat Pas keluar daripada PR berkecai dalam isu Hudud.Isu Hudud ini ditimbulkan kembali setelah isu komunis yang cuba Umno kaitkan dengan Pas telah gagal.Umno jadikan seolah-olah merekalah pembela hukum Islam, pejuang Islam tulen tapi dalam masa yang sama merekalah kaki hina hukum Islam dan Hudud.Tak percaya?

Umno serahkan isu Mat Indera dan komunis kepada Perkasa untuk menyerang Pas di sebelah kiri sementara isu Hudud dijadikan Umno untuk menyerang Pas daripada sebelah kanan.Dua-dua telah gagal!Perkasa hanya setakat berani baling batu, baling botol air dan tumbuk orang Pas sebagai hujah dalam isu Mat Indera.Nak hujah dengan mulut tak berani.

Ahli Umno dan juga penyokong Umno yang Islam kena keluar daripada Umno dan sokong Pas.Ini kerana Presiden Umno terang-terang kata ;

“Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.
“Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,” katanya dipetik Bernama Online.-24-9-2011.

Tapi nada Najib ini lebih lunak daripada sebelumnya iaitu pada tahun 1992, 20 April Najib berkata,"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru -hara, ketidakstabilan politik , perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan  rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik.Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

Isu Hudud ini dibangkitkan Tun Mahathir bekas PM yang berkuasa selama 22 tahun.Layakkah Tun Mahathir bercakap isu hudud sedangkan Tun Mahathir dengan nada keras berkata ,"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan Hudud." -14 Ogos 1994 di Pasir Mas.

Cakap boleh sebarang cakap tapi kalau bercakap dengan bahasa longkang terhadap hukum Islam dan boleh batalkkan syahadah nak kira lagu mana?Umno yang tak mau hukum Hudud terkinja-kinja suruh Pas buat Hudud sedangkan dalam masa yang sama MCA dan Gerakan bagi amaran kepada Umno yang tolak Hudud akan keluar daripada BN jika Umno buat Hudud.Gila! dalam dok tak mau buat hudud Umno kena warning dengan MCA dan Gerakan.Habis orang Melayu dalam Umno dok tunggu apa lagi ...keluarlah daripada kepompong Umno.

Umno hanya jadi tukang pendesak kepada Pas untuk buat Hudud , sedangkan pemimpin Umno bila sebut hudud saja terus perli dan perleceh hukum Hudud.Hudud jadi isu politik untuk raih undi bukannya jadi isu untuk laksana hudud!Sementara Pas menerangkan bahawa Hudud hanya untuk orang Islam , apa yang Umno lakukan dan dakwah kepada rakyat mengenai hudud?Depa hina dan kutuk hukum Hudud kepunyaan Allah SWT.Jadi tak hairanlah MCA dan Gerakan naik tocang hina hukum Islam.

Isu Hudud ini bagi Umno tujuannya untuk pecahkan Pas daripada PR.Bila Pas terkonteng-konteng keseorangan senang bagi Umno nak buat kerja untuk terus perintah negara ini.Kepada Tok Lebai, Tok Imam yang termakan tipudaya Umno saya nak kata , 'sampai bila nak kena tipu dan kena main dengan Umno'?

Kita rakyat kena bersatu tumbangkan Umno-Bn dulu lepas tu baru kita kira nak buat apa pun.Masih tak sedar-sedar lagi kah kita orang Melayu dengan mainan politik Umno-Apco yang lakukan dasar pecah dan perintah amalan penjajah British.

Baca juga ;
Pendirian Pas mengenai Hudud-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Selepas ini PAS akan menjelajah seluruh Malaysia membawa Tazkirah dan ceramah tentang Hudud yang dikatakanya dihalang oleh UMNO.....
    Kalau PAS beria sangat nak laksanakan HUDUD, lakukanlah sebagai permulaan mungkin di Kelantan & Kedah. Kenapa sehingga sekarang tidak laksanakan.
    Janganlah nantinya PAS hanya `pandai cakap tapi tak reti buat'

    Laksanakanlah Hudud sebelum PRU 13, Insyallah PAS akan mendapat kejayaan yang besar!

    BalasPadam