Hari ni kadar bil letrik dah naik.Berapa naik banyak naik.Bukan sikit tapi cukup untuk menjadikan rakyat Malaysia semakin 'sayang' kepada pemerintah yang tak berhati perut Umno-BN.Naiklah menatang apa pun..gula, tepung, ayam daging, tak apa sebab rakyat Malaysia 'baik-baik' belaka! Kalau bising kerajaan penaik harga barang pun paling lama seminggu lepas tu cool la...tak marah dah.Datang 'time' undi pangkah BN lagi..tu yang syok tu..
CEO TNB kata kos arang batu untuk jana tenaga letrik dah naik sebab Stunami di Jepun.Orang Umno percaya bulat-bulat apa yang puak BN kata hatta kalau taik pun boleh diproses jadi makanan kata sedap boleh makan depa akan makan ha ha.
Lepas tu bila tarif letrik naik bagi tau tiada kenaikan bagi bagi bil yang kurang RM77 . Orang dok hulu-hulu nu yang tak dak kemudahan asas tu bolehla rasa nikmat bil kurang RM77 tu tapi yang dok dalam bandar ni macam mana?Siang malam dihimpit dengan kenaikan harga barang.Bil letrik depa berapa sebulan?Sudah tentu lebih daripada RM77.Tu belum kira harga ayam lagi naik dah tak kira waktu.Ingat orang dok dalam bandar ni semua jutawan ka?Pakar ekonomi kata harga makanan akan turut naik disebabkan kenaikan tarif letrik.Ni bukan JKK Umno yang kata tapi pakar ekonomi yang buat kajian.
Lepas himpun belia ramai-ramai di Putrajaya untuk BN tunjuk kekuatan lepas tu istihar kenaikan tarif letrik.Baik punya cilok.BN taknaik harga petrol RON95 tapi BN cilok baik punya kenakan rakyat dengan naik tarif letrik.
Berkaitan;
Elektrik:BN main silap mata dengan rakyat-Harakahdaily
Najib mungkin lewatkan pru 13 elak protes kesan tarif elektrik naik-M'insider
Tarif elektrik dijangka naik setiap 6 bulan sekali?-M'kini
Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan-M'kini
PKR:K'jaan 'rompak' rakyat bagi suap kroni , kapitalis-M'kini
FMM:Pengguna tidak harus tanggung kenaikan-M'kini
PM:Kenaikan tarif tidak beri manfaat kepada IPP-M'kini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan