Rabu, 1 Jun 2011

Takkan ustaz Nasa tak faham signal

Pemimpin Pas nafi kata Nasharuddin Mat Isa calon Timbalan Presiden Pas tarik diri daripada bertanding.Apa pun kesediaan Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan Timbalan Presiden sudah bagi 'signal' jelas kepada Ustaz Nasa.Sebelumnya Tuan Ibrahim Tuan Man kata beliau tak layak untuk jadi Timbalan Presiden tapi sebab kebimbangan golongan ulama dalam Pas maka Tuan Ibrahim terpaksa ikut 'arahan' untuk turut bertanding jawatan Timbalan Presiden.Tak lain tak bukan untuk menyekat kemaraan Mat Sabu untuk menang jawatan Timbalan Presiden.

Golongan akar umbi dalam Pas mengharap sangat-sangat supaya Mat Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas yang baru.Mereka mahukan pemimpin yang hebat untuk menyegarkan Pas daripada terus dilihat mandom dan macam sayur lobak yang kecut.Sewaktu saya berada di Kedah beberapa hari yang lalu ziarah mak saudara saya meninggal, ramai orang Pas berkata Mat Sabu akan menang kali ini kerana beliau banyak berjasa kepada Pas berbanding dua lagi calon Pas iaitu ustaz Nasa dan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.-Wallah hu a'lam.

1 ulasan:

  1. Kalau Fadzhil Nor masih ada...
    Celarunya hgpa kena main dgn Anwar Brahim

    BalasPadam