Rabu, 15 Jun 2011

Tak rasa apa ka orang Islam murtad?


Apa dia maksud murtad dalam Islam?Menurut kitab FIQH SHAFII Jilid 11 karangan ustaz H.Idris Ahmad S.H:

"Murtad ertinya kembali dan berbalik.Menurut istilah syarak ialah orang yang keluar dari agama Islam berbalik menjadi kafir.Orang-orang yang tidak mengakui lagi salah satu dari hukum-hukum Islam, maka hukumnya adalah murtad atau kafir.Ketika itu hapuslah segala amal ibadatnya di dunia dan di akhirat., apabila ia mati dalam keadaan murtad.Murtad adalah kafir yang paling keji dari segala kekafiran.Murtad itu disebabkan oleh iktikad, perbuatan dan perkataan"
. Muka surat 460 Bab Hukum Jenayah Murtad.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud;

"Dan sesiapa diantaramu yang murtad dari agamanya lalu ia mati , sedang dia dalam kafir, maka telah habislah amalannya dunia dan akhirat.Dan orang semacam itulah yang jadi isi neraka dan mereka kekal di dalamnya".

Pedulikah kita dengan masalah murtad di kalangan umat Islam?Murtad berlaku tanpa mengenal anak siapa, samada anak tok lebai, tok imam, profesional atau ulama.Ia virus yang amat merbahaya daripada HIV atau Aids pada umat Islam.Selagi hukum Islam tidak dimartabatkan selagi itulah gejala murtad ini akan berterusan.Amat malang hukum Islam diganti dengan hukum yang berdasarkan fikiran manusia boleh settle hanya dengan denda RM1000 atau RM 2000 saja.

Berkaitan;
Jamil Khir:Permohonan murtad 135 orang diluluskan-M'kini

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

NONEBeliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.

3 ulasan:

  1. di KL lagi laa teruk...ada melayu yang selalu makin daging babi dan merupakan perkara biasa.. Astagfirlahhalazimm..

    BalasPadam
  2. ...kesan project-project High Impact zaman pemerintahan kerajaan lebih 50 tahun....tak? ...maju dan cemerlang la tu!

    BalasPadam
  3. Jika asalnya Islam dan ingin menjadi murtad jelaslah bahawa ilmu dan aqidahnya tidak mantap dan mungkin juga dipengaruhi anasir luaran yang terbiar jati dirinya dilonggarkan. Maka sama saja jika kita tahu bala yang akan menimpa maka jauhilah diri dari terjerumus kedalamanya.
    Maka ini adalah kerugian yang paling besar di akhirat nanti.

    Jika yang bukan Muslim asal ingin murtad kembali kepada agama dulu maka menjadi tangungjawab diri dan tanggungjawab setiap oarang Islam dan tanggungjawab pemerintah Islam untuk sama-sama mencegahnya bukan lagi terbatas kepada fahaman politik.

    Tanyalah diri sejauhmana kita kasih kepada saudara seagama atau memadaikah kita dengan hanya mempertanggunjawabkan kepada orang lain atas kesilapan ini lalu berkata itu bukan kerja saya lalu menunding jari kepada orang lain.....walahualam

    BalasPadam