Kenapa hanya buka 3 minggu saja untuk semua majikan buat permit kerja kepada pekerja mereka yang tiada permit kerja dengan jumlah 2 juta orang pekerja tanpa permit di seluruh Malaysia?Tidakkah ini akan menyesakkan pejabat imigeresen.Kenapa perlu disegerakan sedangkan dah lama pekerja haram ini bekerja tanpa permit malah bertahun-tahun tanpa kerajaan dapat levi daripada pekerja haram yang bekerja di negara ini.Adakah kerajaan tidak cukup wang ?Adakah ini wang untuk pilihanraya umum ke 13?
Pemutihan Untuk 2 Juta Imigran-mStar Online
Satu program pengampunan dan pemutihan imigran di negara ini dari sisi undang-undang bakal diadakan pada bulan depan untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin di negara ini.
Imigran di negara ini dianggarkan berjumlah lebih dua juta orang sekarang.
Program yang digelar "6P" itu iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran akan mengambil tempoh masa tiga minggu untuk dilaksanakan.
Ia merupakan program paling komprehensif yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin.
Operasi terdahulu adalah terhad kepada usaha penghantaran mereka balik ke negara asal masing-masing.
Program pengampunan pernah dilakukan beberapa kali. Program sedemikian yang terbaru dilaksanakan pada tahun lalu.
Seorang pegawai kanan dari KDN memberitahu The Star, imigran diberi tempoh tiga minggu untuk menerima tawaran tersebut atau berdepan dengan undang-undang sekiranya mereka ditahan tanpa dokumen perjalanan sah atau permit kerja.
"Program enam-dalam-satu itu bertujuan untuk mendaftarkan semua imigran di negara ini. Cap jari mereka akan diambil dan disimpan pada pangkalan data Jabatan Imigresen untuk rujukan masa depan.
"Ia juga bagi memastikan mereka tidak masuk kembali atau tinggalkan negara ini dengan nama atau pasport berbeza," katanya.
Program pengampunan dan pemutihan imigran tersebut dijangka dibuat pada Khamis ini.
Difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Tanpa Izin mempunyai kata putus berhubung dengan perkara tersebut.
Di bawah Program 6P, pendatang tanpa izin yang ingin meninggalkan negara ini dibenarkan berbuat demikian tanpa bimbang mereka akan ditahan.
Sumber KDN berkata, kerajaan akan mengenakan caj sebanyak RM400 bagi setiap imigran.
Daripada jumlah tersebut, RM300 ialah kompaun kerana tinggal terlalu lama sementara RM100 ialah pas khas untuk membolehkan imigran tersebut menetap di negara ini.
Bagaimanapun, pekerja-pekerja ini akan membayar antara RM2,000 hingga RM3,500 untuk perbelanjaan seperti levi, pemeriksaan perubatan oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema), kad pengenalan dengan data biometrik, visa JP dan bayaran kepada syarikat yang dilantik untuk menjalankan program tersebut.
(Visa JP ialah dokumen "journey performed (pengembaraan yang telah dilakukan) Pemohon dari negara-negara bukan Komanwel yang memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial tanpa mengambil visa rujukan di negara asal selalunya dikehendaki untuk meninggalkan Malaysia).
Mereka hanya dibenarkan untuk mendapatkan permit kerja dengan visa rujukan.
Mereka yang ingin bekerja dalam sektor pertanian perlu membayar levi sebanyak RM360, RM540 (perladangan), RM1,200 (perindustrian dan pembinaan) dan RM1,800 (perkhidmatan).
Adalah difahamkan KDN akan melantik beberapa syarikat untuk menjayakan program pengampunan dan pemutihan imigran tersebut.
"Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan perkhidmatan tersebut perlu mengemukakan permohonan mereka kepada kementerian dalam beberapa hari ini."
Majikan yang bercadang untuk menggaji para pekerja perlu mengemukakan profil mengenai perniagaan mereka.
"Misalnya, mereka yang terlibat dalam sektor perindustrian perlu mengemukakan salinan lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri," katanya.
Pengusaha restoran yang ingin menggaji pendatang tanpa izin perlu melampirkan salinan lesen yang dikeluarkan oleh majlis perbandaran.
Imigran tanpa izin yang mana pasportnya telah tamat tempoh perlu mengemukakan permohonan baru kepada pejabat Pesuruhjaya Tinggi atau kedutaan sebelum dipertimbangkan untuk menyertai program tersebut.
"Syarikat-syarikat yang dilantik akan membantu mereka tetapi mereka akan dikenakan caj," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan