Sabtu, 4 Jun 2011

Gandingan Mantap Hadi-Mat Sabu gerunkan Umno


Terimakasih kepada Utusan-Umno yang tolong berkempen kepada calon-calon golongan yang dikatakan ulama sehingga menyebabkan mereka kalah di tangan Hj Mat Sabu pemimpin ayam sabung Pas yang jadi Timbalan Presiden Pas yang baru.Tahniah kepada semua perwakilan..anda lebih bijak daripada Utusan-Umno yang mahukan calon sebaliknya menang.

Semoga Mat Sabu yang dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas yang baru dapat bekerja kuat membantu presiden Pas TGHA ke arah Pas yang lebih cemerlang dan gemilang.Ini baru dikatakan gandingan mantap dan kebal daripada pengaruh Umno! Mat Sabu wajib kotakan apa yang beliau janjikan sebelum ini untuk membantu presiden bukannya hanya cakap-cakap saja selepas ini.Ingat perwakilan akan mengubah nasib Mat Sabu dalam pemilihan 2013 jika janji yang dikatakan tidak tertunai.

Gandingan tokoh-tokoh Pas dan aktivis Pas seperti Mat Sabu dan tiga naib presiden Pas Husam Musa, Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayob dianggap kombinasi yang menggerunkan Umno kali ini.Mereka layak menang kerana mereka adalah tokoh-tokoh daripada golongan yang dah banyak rasa pahit maung bersama Pas.Muka mereka tak ada tempat dalam Utusan-Umno sepanjang kempen pemilihan Pas.Kalau ada pun jadi bahan fitnah media Umno.Mereka semua kena bekerja kuat mantapkan Pas bukan mandomkan Pas!Kepada calon-calon yang kalah anggaplah ini sebagai kalah menang sebagai adat bertanding.Cuba lagi di lain kali.Suluhlah diri anda kenapa anda kalah.

Mohammad Sabu, Salahudin, Husam, Mahfuz menang-Harakahdaily

Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Kesemua mereka akan menerajui kepimpinan PAS bersama Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menang tanpa bertanding.

Keputusan rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013, Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:

1) Mazlan Aliman (804)
2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)
4) Hanipa Maidin (735)
5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
6) Dr Zulkefly Ahmad (702)
7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
8) Khalid Samad (643)
9) Abdul Ghani shamsuddin (579)
10) Amiruddin Hamzah (576)
11) Abdul Wahid Endut (556)
12) Abu Bakar Chik (527)
13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)
15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)
16) Datuk Hassan Ali (437)
17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)
18) Nuridah Salleh (416)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan