Khamis, 2 Jun 2011

Muslimat Pas berani buat perubahan, bagaimana pula dengan jawatan TP Pas dan Naib Presiden?

Tahniah buat Ketua Dewan Muslimat Pas yang baru Siti Zailah Mohd Yusuf dan juga Dr Siti Mariah Mahmud yang berjaya memenangi jawatan Timbalan Ketua Muslimat Pas Pusat.Dr Mariah bukan ustazah tapi seorang doktor daripada golongan profesional begitu juga dengan Siti Zailah juga bukan seorang ustazah.Baca Siti Zailah dinobat Ketua Muslimat dan senarai penuh Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat(Harakahdaily).

Bagi Dewan Pemuda Pas Pusat pula ramai golongan yang bergelar ustaz menguasai dewan pemuda Pas pusat.Suhaizan Kayat dan YB Firdaus tumbang di kaki ustaz.Begitu juga dengan Ahmad Sabky turut lenyap daripada kepimpinan Pemuda Pas Pusat. Moga ustaz-ustaz ni lapangkan masa untuk demo Bersih 9 Julai..jangan lupa...Berikut senarai yang memenangi jawatan dewan pemuda Pas pusat;

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja Al Hiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Ustaz Yusni Mat Piah
10) Mohd Sany Hamzan
11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

Sekarang ramai sedang menunggu pengundian bagi jawatan Timbalan Presiden Pas dan Naib Presiden Pas oleh semua perwakilan yang berjumlah 1100 orang pada Jumaat ini.Siapa yang akan menang terserah pada perwakilan yang akan menentukan siapa yang mereka akan pilih.

Berkaitan;
Anak Nik Aziz, Hadi menang Pemilihan Pemuda-M'kini
Anak Nik Aziz :Daripada hasrat mahu sara muncul no 2 Pemuda Pas-M'insider
KJ turut bahas dan setuju ucapan Ketua Pemuda Pas-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan