Sabtu, 25 Jun 2011

Pakai baju kuning pun kena gari, Malaysia lagi teruk daripada Myanmar


Apa nak jadi dengan polis Malaysia dan pemerintah BN di negara ini?Pakai baju kuning pun kena tangkap dan digari.Undang-undang apa depa guna asal baju warna kuning bertulis Bersih 2.0 kena tangkap.

Sementara itu di Shah Alam petang kelmarin ramai anggota polis trafik dan fru halang orangramai masuk ke UPTOWN Shah Alam gara-gara katanya di situ ada buat roadshow Bersih 2.0.Para peniaga ada yang geram dengan tindakan polis yang telah menyebabkan mereka alami kerugian kelmarin kerana polis halang orangramai masuk ke UPTOWN Shah Alam.UPTOWN Shah Alam sunyi sepi sejak petang kelmarin hingga ke jam 5 pagi yang biasanya penuh dengan orangramai setiap kali hujung minggu .

Malaysia sentiasa mengutuk kerajaan Myanmar atau dulunya dikenali sebagai Burma kerana mengamalkan pemerintahan kuku besi.Myanmar walaupun dicap dan dilabel sebagai kukubesi tapi kalau setakat pakai baju kuning kerana menyokong sesuatu pihak depa tak tangkap.Ni tak demo lagi dah tangkap.Memang polis Malaysia lagi teruk daripada Myanmar.

Sementara itu blogger Umno Aspan Alias menulis Pakai T Shirt Bersih ditangkap - KDN belilah mesin pengimbas periksa seluar dalam sekali.

Berkaitan;
Polis kepung lokasi, jelajah Himpunan Bersih 2.0 di Shah Alam batal-M'insider
Bersih 2.0:Aktivis AMK, Pemuda Pas antara ditahan polis malam tadi-Harakahdaily

3 ulasan:

  1. TANGKAP SEMUA PENCETUS KEKACAUAN RUSUHAN BERSIH 2.0!!
    Posted: Jun 25, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels: BERSIH

    BalasPadam
  2. aku setuju dgn perhimpunan BERSIH ....ini merupakan penanda kebangkitan rakyat.....

    BalasPadam
  3. Saya pakai baju kuning dari dahulu sampai sekarang tak kene tangkap pun.... Dan tanda kebangkitan segelintir kecil rakyat yang suka bergaduh dan melihat negara tidak aman..... tu je

    BalasPadam