Malaysiakini melaporkan Umno:Ini bukan BERSIH, tapi kotor.Umno-BN sampai bila pun bila terdesak sanggup gunakan apa saja cara untuk buat provokasi jahat terhadap apa saja anjuran demontrasi aman rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem pilihanraya di negara ini.
Umno boleh upah mana-mana NGO yang pro Umno untuk mengugut rakyat yang sudah masak dengan asam garam dan sepak terajang politik Umno .Nak upah sapa pun upahlah, nak tangkap pun tangkaplah tapi suara rakyat tak akan lemah dengan ugutan untuk rakyat yang cintakan keadilan untuk turun dijalanraya 9 Julai nanti.Sama-sama kita tengok sampai takat mana puak-puak dan tali barut Umno ni nak tunjuk gah dengan kuasa rakyat.
Rakyat turun dijalanraya bukan nak bergasak dengan Perkasa atau Pekida tapi rakyat mahukan perubahan dalam pilihanraya.Buat apa nak bergasak dengan Perkasa atau Pekida depa bukan pemerintah di negara ini tapi depa hanya nyamuk saja.Yang depa dok gatai nak jadi pengacau tu buat apa.Nak tunjuk hero pun pi la di Gaza sana lawan Israel yang dok bunuh rakyat Palestine sampai tak kira waktu.Puak ni masih main cara lama macam samseng Kampung Dusun saja layaknya.Ajar rakyat jadi bodoh macam depa.Belajar-belajar la buka internet layari semua berita seluruh dunia jangan jadi macam katak bawah tempurung minda langsung tak terbuka.Buat malu orang Melayu ja dengan kelaku buruk ugut orang sana sini.
Belum apa-apa dah kata kotor.Siapa yang kotor?Kalau BN tak kotor buat apa rakyat mahu berdemontrasi untuk pulihkan sistem pilihanraya di negara ini?Kotor tangan boleh cuci tapi kalu main kotor dalam pilihanraya sampai bila rakyat boleh tahan.
Buat apa Umno-Bn nak kacau himpunan aman Bersih 9 Julai?Takkan Umno nak kena himpunkan NGO2 pro Umno ni sebagai warm up untuk takutkan demo Bersih?Dulu demo Bersih 2007 awat tak jemput puak-puak ni untuk tunjuk kuat?Awat bila dah hilang 5 negeri baru teringat kata kalau Demo Bersih 2.0 9 Julai berlangsung takut hilang lagi 5 negeri ka?
Umno takut tembelang kotor depa terburai setiap kali ada pilihanraya sebab tu dok suruh rakyat yang tak reti apa-apa pi report polis kata Demo Bersih timbul huru hara.Tak demo lagi dah pi report kata rugila , malu kat dunia luar.Main politik kotor tak reti pulak nak rasa malu.Umno memang dah gila tapi tak ngaku kata dah gila...gila kuasa, mabuk kuasa lama-lama boleh jadi gila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan