Khamis, 9 Jun 2011

Demo Bersih 9 Julai: Pemuda Umno woii takkan tak curi lagi dah report polis

Malaysiakini melaporkan Bersih :Pemuda Umno mahu polis bertindak awal;

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH.

Exco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

"Jangan sampai dah rugi RM10 juta baru nak ambil tindakan. Tak ada gunanya lagi," katanya sambil meminta semua pihak mengambil iktibar daripada perhimpunan pertama BERSIH dan anti-ISA sebelum ini.

Laporan itu menurutnya berdasarkan laporan Suara Keadilan kelmarin yang melaporkan Naib Presiden PKR Tian Chua sebagai berkata 60,000 akan terlibat dalam perhimpunan itu.

Satu lagi laporan dalam akhbar sama melaporkan Timbalan Presiden PAS menyeru semua anggotanya turut serta dalam perhimpunan pada 9 Julai itu.

Menurut Tengku Azman, selain Pemuda Umno, tujuh lagi NGO tampil sama membuat laporan.Baca semua klik tajuk di atas.

Ha ha ini macam tuduh orang tak mencuri tapi dah pi report polis suruh tangkap orang yang tak mencuri.Nampak macam pemuda Umno & Co takut dengan bayang-bayang sendiri.Kenapa perlu takut dengan demontrasi.Kata Malaysia menuju negara maju.Negara maju ada demontrasi tak payah permit untuk berhimpun ramai-ramai.

Cuba tengok di Britain dan Amerika Syarikat kalau takut dengan gelombang kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia sebagai perbandingan.Hanya yang pondan belum apa-apa report polis.Cakap berdegar-degar tapi bacul dan takut dengan demontrasi aman
.

Demo Bersih 2007 tak ada siapa yang rugi cuma para demontran saja kenyang dengan bom asap, air asid dan kimia termasuk ditangkap polis.Ini demo bukan makan upah, bukan upah bas expres untuk angkut free para demontran tapi mereka akan hadir dengan wang sendiri bukan wang rakyat macam pemimpin Umno guna wang rakyat untuk cilok anak menikah.Jangan lupa 9 Julai datang ramai-ramai.

Rally Bersih ni tak bawa senjata, tak bawa batu dan kayu, depa bukan Mat Bangla, bukan orang Vietnam bergaduh bawa kayu, bawa senjata rebut betina tapi depa datang bawa tanggungjawab sebagai warga Malaysia yang mahu keadilan dalam pilihanraya.

Berkaitan;
Pas tiada yang bangkrap selepas demo-Malaysiakini

3 ulasan:

  1. Melayu sama melayu bergaduh...
    Bangsa lain tepok tangan tengok..

    BalasPadam
  2. hai bro, melayu xkan bergaduh kalau xde kesalahan dibuat oleh kerajaan. jgn jd bodoh. org berdemonstrasi sbb slah kerajaan.cuba bukak mata ckit. jgn smpai
    melayu (karajaan) perbodohkan melayu,
    melayu bodoh smpai bila2....
    bgsa laen cerdik....
    :)

    BalasPadam