Sabtu, 18 Jun 2011

Sajak BERSIH 2.O

Ibuku...
Halalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku

Ayah...
Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku..
Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku..
Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku..

Isteriku...
Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita..
Kaulah permata dalam hidupku..
Kaulah penyeri didalam alamku..
Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami...
Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku..

Anak-anakku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil..

Pemergianku adalah mungkin yang terakhir...
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti..

Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit..
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih..
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan..
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!

Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?

Tidakk!!
Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!

Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!

Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku..

Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!

Bukan seperti mereka yang merasakan..
hidup mereka milik pemerintah!
Nyawa mereka milik pemerintah!
Jasad mereka milik pemerintah!
Setiap hela nafas mereka milik pemerintah!

Duhai sahabat-sahabat kesayanganku...
Aku akan pergi..
Aku akan berkelana..
Aku akan bermusafir..
Pada 9 Julai ini...
Menuju ke suatu arah yang pasti...

Disana..
Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang..
Oleh beratus generasi yang akan datang...

Jangan sampai ianya akan dikenang
sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara..
jangan sampai ianya dikenang
sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara..

kerana..
9 Julai ini akan menjadi bukti..
Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut!
Jauh sekali dayus dan penakut!
berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim!

Ayuh!
Mari korbankan nyawa dan jasad!
Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan!

Sudikah kalian bersamaku?

nukilan khas - budakbalun 17062011-daripada blog budakbalun,blogspot.com

Bagi saya kalau polis halang himpunan Bersih 2.0 kali ini, tangkap dan lakukan kekejaman kepada para demontran imej mereka di mata dunia akan jadi bertambah buruk.Imej BN akan jadi lebih buruk dan busuk daripada telor ayam kemuruk.Adakah BN kisah dengan semua ini?Adakah BN akan jadi macam Israel pekakkan telinga lakukan kekejaman terhadap rakyat Palestine walaupun dikutuk di seluruh dunia?

'ISA tak kendurkan semangat BERSIH'-Malaysiakini

Saranan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) agar polis menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini satu ugutan keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

“Mereka mahu ugut siapa? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan.

“Apa masaalah MUBARAK? Apa masalah kerajaan untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

egypt revolution mubarak steps down crowd 1Sehubungan itu, Nasrudin juga menasihatkan MUBARAK dan kerajaan BN agar tidak menjadi seperti bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara sehingga digulingkan rakyat.

“Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap,” katanya.

Menurut Nasrudin beliau sendiri akan berada di saff hadapan pada perhimpunan itu nanti dan mengingatkan kerajaan khususnya pemimpin BN supaya tidak menakut-nakutkan rakyat dengan ISA.

bersih rally 271207 04“Jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh Islam, justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini,” katanya.

Menurut Nasrudin, himpunan BERSIH tidak meminta suatu yang merugikan mana-mana pihak termasuk kerajaan.

“Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini,” katanya.

bersih rally 271207 01Pemimpin PAS itu berkata himpunan BERSIH pada 9 Julai ini diadakan setelah tuntutan pelbagai pihak yang mahu pilihan raya yang adil dan telus di negara ini tidak dilayan dengan baik oleh kerajaan dan pihak berkuasa.

Beliau juga memberikan jaminan himpunan BERSIH akan diadakan secara aman dan menggesa semua pihak termasuk peniaga supaya tidak perlu bimbang kerana tiada perkara yang tidak diingini akan berlaku sekiranya mana-mana pihak termasuk polis tidak mencetuskan provokasi.

“Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah Umno dan BN, yang resah ialah Umno dan BN dan yang gundah ialah Umno dan BN.

bersih rally 271207 07“Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakanlah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa-apa,” katanya.

Beliau mengakhiri kenyataannya menggesa semua rakyat dari seluruh negara supaya melawat Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Pelancongan pada 9 hb Julai ini adalah bertemakan 'Keadilan dan Ketelusan' di samping menikmati kota raya negara kita sendiri.

“Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua,” katanya.-Malaysiakini

Baca juga Perkasa dan Pemuda Umno pakat berebut nak gagalkan himpunan Bersih 2.0.
Perkasa :Tak kisah jika Pemuda Umno mahu sendiri cabar Bersih'-M'insider


1 ulasan:

  1. AMBE DAH AMIK SAJAK KT ATAS YER...NAK SEBARKAN BANYAK2 DALAM FB.BEST SGT..

    BalasPadam