Selasa, 7 Jun 2011

Demo Bersih 9 Julai:HIshamuddin oiii kami bukan demo nak tumbangkan kerajaan


Pernahkah anda nampak mana-mana demontrasi, tunjuk perasaan di negara ini yang libatkan pembangkang dapat layanan mesra daripada pihak polis dan fru?Kebanyakkan demo anti kerajaan di negara ini diakhiri dengan semburan gas pemedih mata, bom asap, tangkap naik truck polis untuk dihumban ke dalam lokap.Rakyat yang dah besa dengan demontrasi anti kerajaan dah lali dan mangli dengan semua ini.

Jadi Menteri Dalam Negeri Hisshamuddin Hussein tak payah la dok kata Tiada Layanan Istimewa untuk DEMO BERSIH.Lagi Hishammudin dok ugut dan takutkan rakyat supaya jangan hadir demo Bersih 9 Julai ini lagilah rakyat akan turun ramai-ramai di jalanraya sama macam demo Bersih 2007.Rakyat yang mahukan keadilan dalam pilihanraya tiada pilihan ketika MYKAD boleh diberi kepada rakyat asing macam bagi gula-gula kepada kanak-kanak secara mudah dan berleluasa.

Menteri Dalam Negeri terlupa bahawa tumbangnya rejim zalim Hosni Mubarak di Mesir adalah kerana rakyat bangkit di jalanraya tuntut keadilan bukan dok sorak -sorak seronok dalam stadium macam tengok bola.Kita turun di jalanraya bukan mahukan rejim BN tumbang tapi kita mahukan suara rakyat Malaysia yang prihatin dengan penipuan dalam pilihanraya didengar di seluruh dunia dan kerajaan BN ambil kira apa kehendak rakyat.Kita rakyat Malaysia masih lagi berpegang pada andaian tumbangnya sesebuah kerajaan melalui pilihanraya yang bersih dan adil.Belum lagi sampai tahap nak tumbangkan kerajaan BN di jalanraya.

Di Mesir ketika gelombang kebangkitan rakyat tengah meluap-luap pihak polis, fru dan tentera sedar Hosni Mubarak akan tumbang akhirnya pihak berkuasa yang beruniform ini turut serta bersama rakyat berdemontrasi hingga tumbangnya rejim Mubarak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan