Jumaat, 3 Jun 2011

TGHA kata dengan Umno boleh kerjasama bukan berpakat

Presiden Pas TGHA kata Pas dan Umno boleh kerjasama bukan berpakat.Isu Umno nak peluk Pas ni bukan cerita baru tapi cerita lama sejak selepas PR berjaya tawan 5 negeri dalam PRU 12 yang lalu.

Semua orang Pas yang ikuti isu yang timbul sejak selepas pru 2008 tahu apa dia yang dimaksudkan kerjasama dan istilah berpakat dalam gelap dengan Umno , berkhalwat dalam gelap dengan Umno atau nak beromen dengan Umno.Selepas itu muncul mula idea Kerajaan Perpaduan (UG).

Berpunca daripada isu berpakat inilah yang timbul golongan yang dikatakan ulama dan bukan ulama sebenarnya dalam Pas.Kenapa sekian lama Pas dipimpin golongan ulama sebelum pru 12 dulu tak tak timbul istilah ulama dan bukan ulama?Kenapa selepas pru 12 sibuk dengan istilah dan kalut dengan ulama dan bukan ulama dalam Pas?

Adakah timbul perkataan ulama dan bukan ulama ini hanya sekadar nak tutup isu sebenar yang timbul sebaik saja Pas dan PR kuasai Selangor dan Perak pada pru 12 yang lalu?

Kebimbangan sebenar ahli Pas dan penyokong Pas bukan isu ulama dan bukan ulama pimpin Pas tapi bala besar yang depa bimbang ialah Pas akan melutut kepada Umno akibat rayuan demi rayuan macam Iblis goda Nabi Adam A.S dalam Syurga .Ni sebenarnya isu yang timbul dalam Pas bukan ulama atau bukan ulama pimpin Pas.

Ada orang kata kerjasama dengan pakat tu sama saja tak dak beza apa pun.2 kali 5 jawabnya 10.5 kali 2 jawabnya 10 juga bukan 11 atau 7.

Kenapa Umno tak mau kerjasama atas nama Melayu dan satu bangsa di Kelantan desak kerajaan pusat bayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan?Jadi tak payahlah kerajaan Kelantan minta sedekah di mahkamah untuk dapat hak royalti minyak.Umno pula mahu kerjasama dengan Pas atas nama Melayu untuk Umno-Bn terus berkuasa sampai bila-bila.Ni niat Umno tapi mungkin ustaz-ustaz dalam Pas tak percaya kata ni niat Umno tapi depa dok ingat kata Umno nak pakat atas nama Melayu-Islam.Kalau Pas dok kesian kat Umno pasti Pas akan kena jual.

Awat dulu semasa Pas berkuasa di Terengganu 1999-2004 Umno dajalkan kerajaan Pas di Terenggangu Pas tak bekerjasama dengan Umno supaya wang royalti minyak tak dikira wang ehsan? Umno sampai bila pun dia sentiasa cerdik untuk bodohkan orang lain untuk kenyangkan perut Umno.Hat dalam perut kita pun kalau Umno scan tengok-tengok ada ketul emas dia akan ajak kita kerjasama lepas tu dia akan robek perut kita untuk dapatkan barang berharga dalam perut kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan