Rabu, 1 Jun 2011

Awat la yang pikir sampai boleh tembus tiang konkrit ni?


Ketika membaca dua tiga kali laporan The Malaysian Insider yang bertajuk No 2 Pas: Era Hadi paling banyak saingan , kata Subky Latif , jelas bahawa tukang kempen mahukan golongan ustaz jadi no 2 Pas walaupun ayatnya berpusing-pusing kata sat ulama sat bukan ulama tak kisah jadi no 2 Pas.

Yang syok lagi tu seolah-olah tukang kempen macam dok berdoa bagi Presiden meninggal dunia sedangkan Mat Sabu dah kata jika beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas beliau akan membantu Presiden melakukan kerja-kerja parti, menyegarkan Pas,memantapkan Pas dengan orang bukan Islam, NGO2...malah Mat Sabu akan jadikan TGHA sebagai Perdana Menteri jika Pas berjaya tawan Putrajaya.Awatla yang pikiaq sampai boleh tembus tiang konkrit ni?

Bukan dok takut TGHA dah tak ada..TGHA dah meninggal dunia sapa akan jadi Presiden Pas? Takut apa ni sampai tak ketawan hala?Hanya yang bergelar ustaz saja ka kenal Quran-Hadis yang bukan ustaz tak belajar ka Quran-Hadis. Awat kalau bukan ustaz ni baca Quran terbalik ka.Hello..ni bukan datuk T la pegang Quran pun terbalik.

Antara lain Subky Latif veteran Pas tu kata;

“Siapa yang menang untuk jawatan timbalan presiden dia mesti orang yang boleh menggantikan jawatan presiden sekiranya berlaku kekosongan, kalau ditakdirkan kosong orang ini menggantikan peranan presiden.

“Dan, penggantinya mesti hebat atau lebih hebat daripada presiden sebelum ini dan dalam PAS ada calon-calon yang yang layak tapi mereka ini tidak ke depan.

“Pada saya timbalan presiden mesti ulama sebab kalau profesional nanti yang akan jadi timbalan itu akan menjadi pemangku presiden,” katanya.

Jelas beliau, bukan golongan profesional tidak layak untuk memegang jawatan timbalan presiden tetapi sekiranya ia daripada golongan ulama ia akan memudahkan banyak perkara termasuk dalam hal ehwal agama Islam.

“Bukan profesional ini tidak layak, semua layak (untuk jawatan timbalan presiden), Datuk Husam Musa layak, Datuk Mahfuz Omar layak dan Mat Sabu (Mohamad Sabu) juga layak tapi presiden parti mesti orang yang mahir al-Quran dan Hadis.

“Kalau timbalan tiada kelebihan ini dan ditakdirkan presiden tiada macam mana? Pemangku (presiden) mesti mahir al-Quran dan Hadis sebab bila ada soal yang membabitkan hukum Islam dia boleh jawab,” katanya sambil mengakui kepimpinan ulama memang tidak diperuntukkan secara rasmi dalam perlembagaan parti.Baca semua klik tajuk di atas.

4 ulasan:

  1. apa nak kata, kini musim ulama kedepan. dah dapat jawatan, yang berkerja memantapkan parti diserah kepada profesional. kalau takat nak jawab soal berkaitan islam, tak payah dok depan. tak boleh pulakah ulama membantu profesional? nampak sangat tidak ulamanya dan tidak profesionalnya penulis veteran pas ini. dalam erti kata lain, dia ni senyap2 rupanya peminat golongan mesra umno. pas tak akan ke mana kecuali pembangkang sepanjang hayat.

    kalau macam ni pemikiran, tak akan tembus tiang letrik tu walaupun dicuba sedaya upaya. nak ganti umno, tapi kerja buat semua mesra umno. majoriti kawasan melayu yang ditanding menentang umno sampai kini pas tak mampu menang. masih lagi dengan teori itu dan ini, langkah ini dan itu.

    subki bimbang kalau terjadi apa2 kepada presiden, tak pula bimbang kalau apa2 terjadi kepada mat sabu (timbalan in the making)! betul2 uangkapan yang dijaja kuat oleh ulama berkepentingan.

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  2. Hallo Bro,

    Lu kempem tak pe. Orang lain kempen lu pegi maki. Apa barang bro. Nak pilih pemimpin kena cermat bro. Jgn pilih pandai yang demo dan ceramah aje. Semua fail calon yang bertanding kena selak. Ada barang kes ke tidak ? Tak kiralah kes betina ke, duit ke, tahap kecedikannya. Setakat boleh ceramah dan pakat semua orang dengar lepas tu kata Ya atau Tidak tak payahlah bro. Sekarang ni kira kita nak pemimpin yang boleh berhujah melalui forum, seminar dan wacana. No one way communication bro. Tulisan pun mau ada kelas. Kalau tahap tulisan macam lu buang longkanglah bro. Ada beranii siar komen gua ???

    BalasPadam
  3. Tanpa nama Hallo Bro atas ni, jenis gerombolan kot. Tanpa nama ni tak pernah hadir sidang parlimen kot. Ka dia dok tunggu parlimen belia yg gerombolan taja. Jika setakat pemimpin yang boleh berhujah melalui forum, seminar dan wacana, jenis banyak kat Jakim, Jais, Jawi dan yg sewaktu dgn nya.
    KAH KAH KAH

    Solaris, Mont Kiara.

    BalasPadam
  4. Cakap berdegar-degar sesiapa saja yang menghayati perjuangan PAS layak menjadi Presiden. Sejarah telah membuktikannya dengan Dr. Abas dan Dr. Burhanuddin Helmi. Sekarang jangan kata Presiden, Timbalan Presiden pun kalangan bukan Ustaz tak boleh pegang. Apa bahana otak selut kebanyakkan puak UG ni!

    BalasPadam