Saksi :Ubah suai rumah RM6.5 juta dibayar tunai-M'kini
Mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubah-suai rumahnya daripada rekabentuk asal Itali tropikal kepada konsep Bali, kata pereka lanskap yang dipertanggungjawab membuat pengubah-suaian itu, Nasir Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
Jumlah itu, katanya pada hari ketiga perbicaraan rasuah Khir dibuat dalam bayaran ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.
Nasir berkata beliau menerima bayarannya sebanyak RM500,000 dalam bentuk tunai daripada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni dan Khir, yang ketika itu adalah menteri besar Selangor di kediaman rasminya.Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.-M'kini
Sebab tu saya kata Umno akan bermati-matian mau perintah negara ini.Depa tak mau jadi pembangkang .Tak cukup makan kalau Umno jadi pembangkang di negara ini.Berapa depa belanja sebulan kalau repair rumah boleh bayar tunai sebanyak RM6.5 juta?Berapa alat make up bini pemimpin Umno sebulan?Rakyat yang dihambat dengan kenaikan harga barang digiula-gulakan dengan kata kerajaan dah tak larat tanggung subsidi, tapi dok tanggung anak bini atas nama lawatan rasmi guna duit rakyat itu tak apa!
Sebab tu Umno jadi meraban dan tak ketawan hala sebab Pas nak buat negara kebajikan jika perintah negara ini.
Woit! inilah kebajikan cara Umno..kebajikan untuk perut sendiri dan anak bini.Rakyat nak mampoih, mampoih pila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan