Selasa, 7 Jun 2011

Takkan tak tahu adik buat kerja apa

Dakwaan salah laku kalu libatkan pemimpin Umno, adik beradik Umno, pak menakan Umno, sepupu sepapat Umno kira boleh settle cukup hanya dengan kata kami tak terlibat, kami tak tahu, ini semua fitnah, media asing bohong.Berita libatkan pemimpin tertinggi Umno juga tak akan disensasikan Utusan Meloya kerana bagi mereka perlu disimpan di bawah karpet.

Hisham :Saya tak tahu kegiatan adik-Malaysiakini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat negara kiwi itu.

NONEBercakap kepada pemberita hari ini, beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai kegiatan Haris Onn Hussein (kanan).

"Pertama sekali, saya tidak tahu menahu apa adik saya lakukan. Keduanya, saya tidak rasa bahawa (syarikat) Australia akan melakukannya," katanya ketika ditemui semasa pelancaran ibu pejabat daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada beliau menafikan semua dakwaan dalam laporan itu, Hishammuddin berkata: "Itu yang saya katakan. Ya."

Menurut akhbar The Age yang berpengkalan di Melbourne, Securency - firma teknologi kewangan - mengupah Haris pada 2009 untuk mendapatkan kontrak di Malaysia.

"Securency mengupah Haris Onn Hussein dengan harapan beliau akan menawarkan harapan untuk membolehkan mereka akses kepada, dan mempengaruhi, ahli politik tertinggi Malaysia," laporan itu dipetik.

Pada masa itu, Hishammuddin merupakan ketua Pemuda Umno dan juga menteri belia dan sukan.(gambar dan berita oleh Malaysiakini).

Apa kata kalau dakwaan di atas libatkan anak TGHA, anak TGNA, anak Anwar Ibrahim, anak Lim Kit Siang, anak Lim Guan Eng, adik-beradik , sepupu mereka ?Sudah tentu Utusan Meloya ulang ulang sampai pru 13 akan datang.Umno akan kata letak jawatan segera ikut contoh pengerusi IMF Strauss Kahn..

Seketul demi seketul bala sampai kepada Umno disebalik penyebaran video lucah secara terbuka yang didalangi mereka yang dah sampai kepada orang kampung, bandar dan seluruh pelusuk kaum untuk Umno terus bernafas selepas pru 13 akan datang.

Berkaitan ;
Hishamuddin nafi bantu firma Australia, adiknya digunakan-M'insider
Skandal cetak matawang libatkan adik Hishamuddin, sepupu Najib?-Keadilan Daily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan