Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik.
“Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.
“Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
“Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada Umno... patut Umno alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS,” kata beliau.
Tenaga akademik ini mengulas perkembangan kritikan ke atas PAS sejak pada Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan.
Dalam komen balasnya semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah selari dengan kehendak Islam.
Katanya, konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.
Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.
Kata Nik Aziz, berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat.-TheMalaysianinsider.
Disni aku akan kisahkan apa yg akan bakal berlaku di atas moto BERKEBAJIKAN, 1.Rakyat di bawah pemerintahan PR sudah boleh mula menyatakan dan meminta apa yg dikehendaki oleh mereka, penambahan subsidi minyak,gula, tepung dan lain2 barang terkawal oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat setelah subsidi diberi oleh kerajaan BN maknanya di setiap negeri pakatan Rakyat akan mendapat harga yg murah dengan penambahan tersebut, cthnya:minyak Ron 95 RM1.90 maka negeri Pakatan Rakyat harus menambah RM0.20 bagi setiap liter maka harga akan manjdai RM1.70 seliter. 2. Kewujudan Biasiswa tambahan dari kerajaan negeri untuk pelajar2 yg belajar di luar negeri dgn kenaikan 20% dari peruntukkan biasa. 3. Subsidi eletrik ditambah sebanyak RM0.30 setiap bayaran bil bermula dari RM 10 dan seterusnya, 4. Tol di setiap sempadan masuk ke negeri2 di bawah PR akan disubsidikan sebanyak RM0.20 bagi setiap 1 KM. 5. Penambahan pencen anggota kakitangan awam di negeri2 pemerintahan PR sebanyak RM 200 ke atas pencen yg sedia ada 6. Tanah2 rezab dapat diusahakan oleh bumiputera sehingga 5 thn sebelum ditukar kepada hak milik si pengusaha tanah tersebut 7. Cukai tanah dikurangkan sebanyak 15% 8. Bagi Ibu2 Tunggal dan OKU yg brdaftar akan dibayar elaun sara diri RM300 tidak termasuk bantuan kebajikan masyarakat kiranya ada yg mendapat bantuan tersebut 9. Rakyat akan mendapat subsidi bantuan bagi setiap penyakit2 kronik sebanyak RM 10 ke atas bayaran di hospital swasta setiap rm100 10. Setiap rumah2 orang2 tua atau anak2 yatim dikecualikan membayar bil2 eletrik dan air… INI BARU DIKATAKAN DASAR BERKEBAJIKAN
BalasPadamitu lah politik. sama saja. saling menjatuhkan. bukan setakat kesilapan, yang baik pun dibantai sekiranya mendapat mileage kpd pihak lawan. sebab tu lah suruh Asri masuk politik. sekarang ini perjuangan untuk mendapatkan kuasa memerintah ialah melalui politik. orang ramai dan mengangkat senjata untuk berperang, jangan pula kita kata saya tidak mau terlibat, saya cuma melatih dan menyedarkan mereka saja. itu namanya dalam bahasa yang agak keras ialah PENAKUT.
BalasPadam