Rabu, 1 Disember 2010

Umno kalau nafi tu betoila

Presiden Umno PM Najib tangguhkan pemilihan tahun depan , itu tandanya pilihanraya umum dah dekat sangat. PR kalau tak berhati-hati , tak bersiap sedia alamatnya yang besa bergelar YB silap haribulan bungkoih tah hilang ke mana. Mau menang tapi tak buat kerja , mau kekalkan kemenangan berganda tapi hanya buat kerja ala kadar saja mampukah kemenangan terus dikecapi?

Umno-BN pulak semakin hebat buat serangan dengan media yang mereka kuasai siang dan malam menghentam PR supaya rakyat benci dan meluat kepada PR. Isu rasuah , salahguna kuasa, penyelewengan Umno-Bn hilang ditelan gelombang Satu Malaysia dan rakyat yang kurang kecerdikan dan tidak ada kemudahan internet percaya bulat-bulat apa saja yang disogok Umno-Bn dalam media. Umno terus jadikan isuKetuanan Melayu sebagai senjata untuk ditelan oleh orang-orang Melayu yang termakan dengan pembohongan Umno.

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yaasin kata tangguh pemilihan Umno selama 18 bulan bukan kerana pru -13. Boleh percaya ka? Umno kalau nafi tu kira betoila .Umno takut pemilihan Umno akan timbul perebutan kuasa yang lebih dasyat pada tahun depan sementara PM Najib dah tak sabar2 nak buat pilihanraya. 'Kem Muhyiddin' dan 'kem Najib' sudah tentu masing-masing berebut-rebut nak jadi calon dalam pemilihan Umno yang terkenal dengan politik wang.Kalau tak 'stop' pemilihan alamatnya Umno hanya tinggal rangka saja sebab pemimpin Umno dok kalut nak jadi calon pru dan calon dalam pemilihan Umno.

Berkaitan;
Langkah tangguh pemilihan Umno tiada kaitan pru 13 kata Muhyiddin-TMI
Umno tangguh pemilihan 2011 bagi elak 'masalah PKR' menjelang pru 13-TMI
Anwar ramal p'raya umum Mac 2011-Malaysiakini
Umno tangguh pemilihan 2011 selama 18 bulan , dipercayai hadapi pru 13-TMI

1 ulasan:

  1. ckp2 org UMNO-BN ni xblh pcaya bulat2...depa ni slalu ckp tbalik...ckp xbuat tpi pada hakikatnya mereka akan bt..so, pimpinan Pakatan Rakyat kna bhati2 dan sdiakan payung sblum hujan..mga kmenanngan PRU 13 milik Pakatan Rakyat..amin

    BalasPadam