Selasa, 7 Disember 2010

Berita hairan: 'Para Peniaga Untung Bila Ada Demo'


Ketua Polis Kuala Lumpur kata demo air Ahad lalu tak ada lesen untuk berhimpun.Gambar sebelah lagak FRU semasa demo air depan bangunan KTM. Klik gambar.

Ini bukan berita hairan dan terkejut tapi berita basi setiap kali ada himpunan aman di Kuala Lumpur. Berita hairan ialah bila polis kata 'para peniaga untung besar bila ada demontrasi yang ada lesen'!

Ini hakikatnya, sebuah restoran mamak dalam bangunan KTM telah didatangi para penunjuk perasaan sebelum dan selepas demontrasi untuk menjamu selera. 'Baju Merah' penuh dalam Restoran Mamak untuk makan dan minum takkan rugi pulak.Sebelum demo pun ramai selepas demo pun ramai orang. Saya sendiri ada dalam kedai mamak tu beli air '100 plus' sewaktu nak balik selepas demo.Mamak tu pulak kata , "Ini bukan selalu dapat rezeki macam ni."

Ini berita Bernama yang dipetik daripada The Malaysian Insider-Polis nafi bertindak luar batas undang-undang bagi leraikan demo;

Pada masa kini peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967 masih berkuatkuasa dan selaras dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebarang perhimpunan perlu mendapat lesen daripada polis terlebih dahulu,” katanya.

Ahad lepas, kira-kira 4,000 orang berkumpul dalam dua perhimpunan di Masjid Negara bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor.

Kedegilan kumpulan penyokong itu yang enggan bersurai serta mengganggu tugas polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Akibat perhimpunan itu, ribuan warga kota terperangkap dalam kesesakan jalan raya selain mendatangkan kerugian kepada peniaga di sekitar lokasi perhimpunan. — Bernama.Baca semua klik tajuk di atas.

Himpunan BERSIH 2007 dulu pun tak ada lesen, tapi semua yang ditangkap dan dibicarakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur , Jagjit Singh dibebaskan kerana tiada kes untuk didakwa.Demo air Ahad lalu pihak polis tangkap para penunjuk perasaan dalam perkarangan Masjid Negara dan dibebaskan pada hari yang sama kerana polis tidak mahu naik mahkamah lagi takut kes yang sama berulang.

Mana ada pihak polis mengaku kata mereka tersilap atau terlajak dalam jalankan tugas mereka kawal himpunan dan demontrasi rakyat di negara ini.Yang salah semua rakyat yang betul hanya polis.

1 ulasan:

  1. apa jek yg Pimpinan Pakatan Rakyat bt walaupun berniat baik akan disangkal dan difitnah dgn tomahan yg tidak baik oleh pimpinan UMNO BN dan media mereka...

    BalasPadam