Isnin, 6 Disember 2010

Masjid Negara Lambang Penyatuan Semua Bangsa



Semua gambar yang ada di sebelah adalah sebelum dan semasa bermulanya demontrasi protes air terhadap syarikat swasta SYABAS di Masjid Negara (klik gambar untuk besarkan).Anda boleh melihat pelbagai aksi dan gelagat semua rakyat , petugas Unit Amal dan pemimpin PR yang pelbagai bangsa dan agama bersatu hati di Masjid Negara untuk menentang kenaikkan harga air oleh SYABAS dan kembalikan hak air kepada kerajaan negeri Selangor.

Mungkin ada yang berkata ada pemimpin kerajaan negeri Selangor yang tidak turun berdemontrasi protes harga air terhadap

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), siapa mereka? Rakyat lebih mengetahuinya. 'Mungkin mereka sibuk dengan agenda lain yang lebih penting seperti sibuk dengan anak bini, kenduri kahwin atau sebagainya'!

Seorang pemimpin PR yang bukan beragama Islam berkata , "Air Tuhan Allah yang punya bukan Rozali CEO SYABAS yang punya."

Kehadiran pelbagai bangsa Melayu, Cina dan India di Masjid Negara semalam untuk protes air melambangkan bahawa Islam boleh menyatukan semua bangsa tanpa mengira agama dan kaum. Kalau pelancong asing yang bukan Islam boleh masuk Masjid Negara apatah lagi rakyat Malaysia yang bukan Islam sudah tentu boleh!

Yang kata tak boleh hanya gerombolan Umno dan puak-puak golongan agama yang hidupnya di bawah ketiak pemimpin Umno. 'Bagi Umno kalau orang bukan Islam di kalangan puak BN boleh masuk masjid sebab mandi wajib sedangkan orang bukan Islam di kalangan PR tak boleh masuk masjid sebab tak mandi wajib'!. Contohnya ahli Parlimen Hulu Selangor Kamalanathan boleh masuk masjid tapi bila MP Serdang Teo Nie Ching masuk masjid, Umno bantah dan lawan hangit.Buat isu bodohkan orang Melayu, yang syok lagi ada orang Melayu percaya bulat-bulat apa Umno kata.

Umno boleh berpakat dengan bukan Melayu untuk perintah negara ini sampai mampoih tapi bila Pas dan PR bersatu untuk perintah negara Umno mainkan isu perkauman dengan mengatakan Ketuanan Melayu kena diutamakan sedangkan dalam masa yang sama Umno jadi pengkhianat kepada bangsa sendiri.


Ada Umno himpunkan ribuan rakyat tanpa kira agama dan bangsa untuk bersatu lawan syarikat swasta yang monopoli air untuk rakyat Selangor seperti yang berlaku di Masjid Negara semalam?Umno tak boleh buat semua ini yang boleh ialah apabila rakyat berhimpun secara aman kerajaan Umno-Bn hantar polis dan FRU untuk halang himpunan aman yang dibenarkan perlembagaan Malaysia.

Memang betoi-betoi barua Umno!

Berkaitan;
52 ditahan sertai protes air di KL dibebaskan -TMI
Peserta himpunan dibebaskan-Harakahdaily
Demo air:Pas ucap tahniah kepada anak muda -Harakahdaily

2 ulasan:

  1. ISLAM itu indah dan tidak membebankan pengannutnye bahkan bkn penganutnya jga cma UMNO BN yg selau mengeluarkan husjah dan nas2 utk menampakkan bhw ISLAM itu kolot

    BalasPadam
  2. masjid tempat penyatuam umat manusia dan agama....

    BalasPadam