Rabu, 22 Disember 2010

Harga minyak pun jadi pembohong , pinda ISA pun bohong!


Macam-macam cara nak menipu rakyat oleh gerombolan Umno-Bn. Kata minyak diesel dan Ron 95 tak naik hingga hujung tahun ni tapi dah penaik harga petrol dah dua kali.Minyak naik semua naik. Ikan temenung besar(ikan kembung) dulu sekilo rm12 sekarang sekilo dah jadi rm14, udang laut dulu sekilo rm 40 sekarang dah jadi rm50 sekilo. Bawang putih dulu sekilo rm 9 sekarang dah jadi rm 12. Ayam daging makan dedak dulu sekilo rm 5.50 sekarang dah jadi rm 7 tiada lagi kawalan harga.Semua naikkkk..tak ada yang turun.

Hari ni kerajaan penipu Umno-Bn menipu lagi kata nak pinda akta ISA (saya kategori orang yang mau hapuskan ISA bukan pinda) tapi nak bagi tau kata Umno-Bn penipu kalau pasal bercakap. Dah nak habis tahun dah ni tak pinda pun ISA akta zalim sepanjang zaman satu Malaysia.Bukan nak pinda tapi perbesarkan lagi kem Kamunting mungkin nak perosok lagi ramai dalam kem Kamunting.Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein Onn pernah kata nak rombak akta ISA. Semua bohong, semua cakap penipu tapi rakyat masih percaya dengan Umno-Bn.(Gambar harakahdaily)

Semua kita kena tipu oleh parti gerombolan Umno-Bn. Pasal ISA kena tipu, pasal minyak petrol kena kencing.Pembohong apa tak habis-habis ni. Masih ada yang sayang kepada parti gerombolan walaupun suka cakap bohong.

Untuk hapuskan ISA kena tukar kerajaan, Bila nak tukar? Tunggu pru akan datang..masa tu sapa yang dok bela ISA kerajaan baru boleh buat kem khas untuk mereka masuk sendiri secara sukarela kalau nak sangat ISA!

Kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh,

"Sekarang ini sudah penghujung tahun 2010, tak ada pun pindaan yang dijanjikan. Mana janji-janji mereka?

"Suatu yang sangat ketara ialah kerajaan tidak akan mudah melepaskan tongkat paling berkuasa ini. Mereka sedang cuba bersungguh-sungguh menjual idea pindaan dan bukan mansuh," kata beliau dalam sidang media di ibu negara hari ini.Baca lagi di sini.

Berkaitan;

GMI:Tahanan ISA meningkat 150%-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan