Kata orang hujah dijawab dengan hujah bukan dengan penendang atau penyepak. Kalau hujah main tumbuk-menumbuk lebih baik masuk 'boxing' dan gusti. Penasihat undang-undang Umno yang sudah tentu seorang 'lawyer' Mohamad Hafarizam Harun cadangkan kerajaan tangkap Presiden PKR Dr Wan Azizah dan kenakan hukuman penjara mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu Ketuanan Melayu.
Tu lah kerja Umno macam budak-budak , tak reti nak hujah , tak reti nak berdebat 'last2' yang pandai minta supaya Dr Wan Azizah dan lain-lain pemimpin PR dikenakan ISA.Umno timbulkan isu Ketuanan Melayu lepas tu biarkan isu itu bermain-main dan berlegar-legar dikupas hingga timbulkan ketegangan. Bila dah jadi kacau bilau buat cadangan kepada pihak berkuasa polis tangkap pemimpin politik PR masuk penjara Kamunting.
Nama pun 'Lawyer' takkan cakap loyar buruk kot, buat lawak bodoh macam kat tv media Umno.Panggillah semua pemimpin politik berdebat isu Ketuanan Melayu , buat secara 'live' biar semua rakyat tengok bukan buat cadangan bodoh dan pendek akal guna ISA.Jangan hanya nak tunjuk jantan duduk belakang pihak berkuasa polis arahkan buat tangkapan orang itu , orang ini nampak sangat macam penakut dan sempit modal politik.
*Ucapan takziah buat keluarga blogger Penarik beca (Abubakar Rashid) di atas kematian anak beliau Mohd Sadiq semalam , selepas maghrib di Hospital Kuala lumpur . Semoga arwah diampunkan segala dosa dan ditemnpatkan di kalangan orang -orang yang beriman*
UMNO BN akan bt kerja gila2 bla mereka terdesak..org xpilih depa..jdi huru harakan parti lawan agar UMNO BN kononnya jdi pnyelamat org melayu...idea memang geliga kalo nak slamatkan diri tpi anak bangsa yg smakin teruk gjala sosial xde pla timbul idea2 yg geliga lagi bernas utk membanteras gejala ni..akhirnya ti negara ni penuh dgn org warga emas shj sbb yg muda-mudi sume xblh pakai krn syaksiyah diri telah dirosakkan oleh pengaruh UMNO BN...
BalasPadamTakziah diucapkan bt blogger Penarik beca sekeluarga..mga tabah hadapi ujian dan mga Allahyarham Mohd Sadiq ditempatkan dikalanagn org2 yg beriman dan beramal soleh..amin ya Rabb
BalasPadam