Sabtu, 25 Disember 2010

Rakyat Dah Meluat Barang Naik Harga

Ini banner tanda rakyat dah tak tahan dengan kenaikkan harga barang yang mendadak bila minyak petrol dan diesel naik harga. Apa yang dapat anda beli jika bawa RM10 ke pasar tani?Hanya seikat daun bawang, daun sup, daun salderi,sebungkus santan, sebungkus kelapa parut.

Mungkin golongan kaya tak merasa perit dengan kenaikkan harga barang sebab bagi mereka duit tak jadi masalah. Rakyat bawahan dan sederhana yang hadapi risiko paling teruk dengan kenaikkan harga barang.Sekolah dah nak buka semua pakai duit bukan hanya air liur.

Memang patut pun populariti PM Najib jatuh. Rakyat dah tak pikir slogan Satu Malaysia, slogan apa pun kalau raba dalam poket hanya ada beberapa ringgit sementara tunggu cukup bulan.Orang Melayu masih tinggi terus mengharap kepada BN sementara kaum lain terus membuat anjakan untuk tolak BN terus perintah negara. Mungkin kita menunggu sehingga 100 tahun lagi untuk BN terus mengganyang kita baru nak berubah fikiran kata memang BN jadikan kita hamba selama ini.Hamba untuk kenyangkan perut pemimpin Umno-BN dan anak bini mereka.

Takut apa nak tukar kerajaan? Takut bangkrap? Kalau bertukar kerajaan macam di Selangor bukan kerajaan negeri yang bangkrap tapi pemimpin Umno-Bn yang bangkrap. Begitu juga kalau bertukar kerajaan diperingkat pusat yang akan bangkrap ialah Umno-Bn bukan kita, bukan kerajaan baru.Umno-Bn boleh ugut terus pertahan Putrajaya walaupun dah kalah tapi bila dah tak ada apa-apa kuasa ugut pun dah tak jalan. Sapa nak dengar cakap Umno lagi bila dah kalah.

Baca juga;
Populariti Najib jatuh selepas kenaikan harga -Malaysiakini
Khir Toyo 'sindir' menteri jaga makmal , jaga letrik-Malayskini
BN kena belajar kesilapan '08 jangan perlekeh janji pakatan-TMI
Hanya 35% rakyat 'iktiraf' usaha Putrajaya lawan rasuah-TMI

1 ulasan:

  1. bro,kau lihat link kat bawah
    geng2 perkasa tak puas hati pingat berahim ali & ku li kena tarik mereka buka blog hentam sultan kelantan
    http://thekelantanoutsider.blogspot.com

    BalasPadam