Jumaat, 24 Disember 2010

Lagi-lagi Khusrin lain orang tak ada ka?


Adakah Jabatan Agama Islam Selangor akan terus diketuai Mohamed Khusrin yang kini dikatakan akan ditamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah JAIS?Kontrak beliau dah pun tamat awal bulan ini sebagai Pengarah JAIS.Dah habis kontrak nak sambung buat apa!Istimewa sangatkah manusia yang bernama Khusrin hingga dikatakan jika tak disambung sebagai Pengarah JAIS beliau juga telah dicadangkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor jawatan tertinggi dalam jabatan kerajaan negeri oleh BN diperingkat Pusat.

Buat apa kerajaan pusat nak menyibuk dalam urusan kerajaan negeri dalam perlantikan pegawai kerajaan negeri Selangor?Adakah Khusrin dilihat sebagai talibarut Umno-Bn sehingga ditatang bagai minyak yang penuh di negeri Selangor yang dikuasai PR?

Adakah negeri Selangor tidak ada calon yang lebih berkaliber dan lebih baik daripada Khusrin daripada mengisi kekosongan jawatan Pengarah JAIS dan Setiausaha Kerajaan Negeri? Buat apa nak terima cadangan BN bukan BN yang perintah Selangor.Banyak tokoh agama dan akademik yang lebih layak di Selangor selain daripada Khusrin jangan dengar cakap BN, tolak Khusrin biarkan beliau berhenti daripada menjawat sebarang jawatan di Selangor, biarkan Khusrin pencen main dengan anak cucu beliau atau masuk gelanggang politik .

Khusrin hanya sibuk dengan orang bukan Islam PR masuk masjid, orang bukan Islam BN boleh pulak langsung tak pertikai, dakwa penceramah tanpa tauliah, tangkap orang bermazhab Syiah tanpa kaji dulu adakah Syiah tu macam ajaran ayah Pin, Hasan anak harimau, main cakap sesat saja tanpa selidik dan kaji terlebih dulu. Panggil Qari daripada Iran baca Quran boleh dan jadi juara Musabaqah pulak tapi orang bermazhab Syiah terus label sesat. Rakyat jadi pening mana satu betoi!

Umno -Bn hilang kuasa di Selangor memang mereka tak layak tentukan sapa-sapa pun dalam hal ehwal Selangor. Kalau mereka berkuasa adakah mereka akan pilih orang yang tak sebulu dengan mereka untuk bekerja dengan mereka? Mampoih BN tak mau !

Baca juga;
Pengarah Jais ditukar jabatan?-Malaysiakini
SUK Selangor:Pakatan syor tiga calon, pusat namakan Pengarah Jais-TMI
Amal Syiah di Selangor:Pengecualian pada warga asing-Malaysiakini
Dr Asri:Berdialog dengan Syiah, jangan keras kepala-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan