Selasa, 14 Disember 2010

'Pendekar Tolak Usul '

Dah banyak kali Speaker Parlimen dan Timbalan Speaker asyik tolak segala usul ahli parlimen PR yang libatkan pemimpin Umno-Bn, seperti potong gaji Menteri RM1 kerana cuai sebagai Menteri, potong gaji Peguam Negara RM 10 tapi semua ditolak bulat-bulat oleh Speaker Parlimen. Semua main tolak lepas tu suruh keluar dewan selesai masalah. Nama saja Dewan Rakyat tempat bincang segala isu tapi bila kena atas batang hidung Menteri, kena kepada Ketua Hakim Negara yang mengaku amalkan rasuah semua tolak. Betul-betul jamban punya parlimen.

Setakat nak bincang jalan rosak, jalan berlubang , jalan kampung ahli parlimen tak ada tar dalam parlimen kita hanya tengok gelagat 'MP jalan' saja la dalam parlimen.Bila libatkan isu rasuah, isu Altantuya, isu komisen kapal selam Scorpene ,nepotisme, kronisme yang sapu kontrak kerajaan dibangkitkan cepat-cepat Speaker potong jalan , pusing tajuk melencong ke lain.Tuan Speaker Pandikar memang betul-betul punya 'Pendekar'. 'Pendekar tolak usul' dan halau keluar ahli parlimen bangkitkan isu yang hangat di pasaran.

Malaysia jauh lagi nak jadi negara maju hanya setakat slogan yang berapi-api boleh la. Nak ngaku kata negara kelas ketiga malu tapi yang dok nampak perangai lebih kurang ja dengan Myanmar dan yang sewaktu dengan nya. Nak ceramah umum pun kena debik ngan polis. Takut apa tak tau la. Dah 'control' semua media , semua pihak berkuasa dok bawah dagu Umno-Bn pun masih lagi takut dengan ceramah umum.Pergi mampoih la !

Bahas Salahlaku Ketua Hakim :Karpal Diarah Keluar-Malaysiakini;

Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini diarahkan 'berehat' sehingga sidang Dewan Rakyat selesai makan tengahari hingga jam 2.30 petang ini kerana ingin memulakan usul membincangkan aduan salahlaku Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Speaker membuat arahan keluar dewan itu mengikut Peraturan 18(1).Karpal sebelum itu, mengemukakan usul menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) bagi membincangkan salahlaku Ketua Hakim Negara.

Dakwanya, Zaki dalam ucapannya mengakui di satu majlis perkhidmatan cemerlang di Mahkamah Persekutuan 11 Jun tahun ini, memberi rasuah pada 7 November 2008 di Kuching.

"Ketua Hakim Negara gagal membalas aduan saya, dan juga surat peringatan bertarikh 1 Disember 2010, di mana beliau enggan menjawapnya," kata Karpal.

"Perkara ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum perlu disegerakan, saya memohon usul saya dibincangkan," tegasnya.

Namun, Pandikar enggan membenarkan Karpal membincangkan perkara itu dan berkata Peraturan 36 (a) menghalang mereka daripada membincangkan kelakuan seseorang hakim semasa menjalankan tanggungjawabnya.

Apabila Karpal berulang-kali cuba berhujah bahawa beliau bukan mempersoalkan kelakuan Zaki sebagai hakim tetapi sebagai tokoh awam, Pandikar mula hilang sabar dan mengarahkan pemimpin veteran DAP itu 'direhatkan'.-Malaysiakini.

1 ulasan:

  1. ada jek yg xkena kalo libatkan pimpinan Pakatan Rakyat...pimpinan Pakatan Rakyat cuba bantu rakyat tpi ada pihak2 yg terlibat cuba menghalang sehinggakan rakyat lihat Pimpinan Pakatan Rakyat hanya bijak berbicara sblum menang pru tpi pada hakikatnya mereka bekerja keras untuk rakyat..cth paling dekat demo air baru2 ini..sumenya dilakukan untuk rakyat..

    BalasPadam