Khamis, 23 Disember 2010
Mantan Kerajaan Umno-Bn jual tapak surau, baling batu sembunyi tangan
Apa lagi yang nak diharapkan kepada Umno yang gah dan hebat kata perjuangkan Islam dan bangsa Melayu terutamanya di bumi Selangor bumi bertuah tempat cari rezki semua etnik dan bangsa di Malaysia.
Apa yang nak diharapkan kepada Umno sehingga sanggup jual tapak surau Al- Hidayah di Pekan Rawang yang kecoh gara-gara perangai dan gerombolan Umno sendiri yang cepat menuding jari kepada kerajaan yang ada di Selangor sekarang untuk dipersalahkan dalam isu tapak surau tersebut. (gambar harakahdaily)
Akhirnya mantan MB Selangor Khir Toyo ngaku kata memang kerajaan Umno-Bn yang berkuasa sejak 50 tahun dulu yang jual tapak surau Al-Hidayah di Pekan Rawang kepada syarikat Cina. Gerombolan yang berdemo orang Umno termasuk Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor yang juga Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Zainal Abidin Sakom.Zainal Sakom ni kuat Umno hingga tak nak letak jawatan yang dipegangnya walaupun dah bertukar kerajaan. Memang muka tak malu dan tak sedar diri. Cakap Islam berbuih-buih tapi hampeh!Pak Pandir lagi cerdik dan tak sebodoh Zainal Sakom yang meroyan sakan isu tapak surau yang mereka sendiri jual!
Lagi kisah orang Melayu kena tipu dengan Umno-BN.Mereka yang jual mereka pulak yang berdemo!Baling batu sembunyi tangan, telunjuk lurus kelingking berkait, harapkan pagar ,pagar makan bangsa sendiri.Memang Umno dah busuk hingga ke ususnya...
Khir akui BN jual tapak surau Al Hidayah-Harakahdaily
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan tapak surau Al Hidayah, Rawang dijual semasa pentadbirannya iaitu pada 2003 tetapi telah dijual sebelum tahun 2000 lagi.
Menurut Khir dalam blognya, "Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya".
Ini bererti tapak surau itu dijual ketika kerajaan Selangor dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) dimana Umno menguasai sebahagian besar kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
Khir membuat penjelasan itu ekoran kenyataan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin, berdasarkan rekod kerajaan negeri tanah itu dijual pada tahun 2003.
Baru-baru ini, sekumpulan penduduk tempatan termasuk para pemimpin Umno telah membuat demontrasi di perkarangan surau itu kerana membantah kerajaan negeri Selangor yang membenarkan surau itu dirobohkan untuk dibuat projek pembangunan.
Ini ekoran dari tindakan pemilik tanah itu memberikan notis sehingga 30 November lepas agar ia dikosongkan untuk membolehkan tanah itu dimajukan.
Antara yang membantah kerajaan negeri itu adalah pemimpin Umno yang juga Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom.-Baca semua klik tajuk.
Puak Umno ni kalahkan cerita filem Hindustani yang berlagak sebagai menteri yang berkebajikan sebaliknya merekalah bapa penyamun dan lintah darat yang hirup darah bangsa sendiri. Masihkah anda percaya dengan parti pengkhianat agama dan bangsa ini?
Berkaitan;
Selangor tak terlibat pelan pembangunan tapak surau-Malaysiakini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan