Rabu, 15 Disember 2010

Hantu Altantuya mengamuk macam 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'


Hati-Hati Simpan Rekod, Rahsia Kerajaan-Rais (Utusan Malaysia Online)

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menyarankan penjawat awam supaya berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab dalam menyimpan rahsia serta rekod kerajaan.

Katanya, ini penting bagi mengelak rahsia kerajaan diketahui dan diperlekeh oleh pihak lain.

"Saya berpendapat pihak-pihak yang berkaitan dengan rekod-rekod kerajaan harus hati-hati selepas ini dalam menyimpan rahsia kerajaan dengan lebih bertanggungjawab supaya tidak dipermain-mainkan oleh pihak lain,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Wikileaks baru-baru ini berhubung kenyataan pegawai kanan Singapura terhadap pentadbiran negara ini.

Katanya, isu kali ini mungkin melibatkan hubungan diplomatik, tetapi jika langkah berjaga-jaga tidak diambil, ia mungkin melibatkan kes yang lebih serius di masa depan, walaupun kenyataan yang dikeluarkan mungkin boleh dipersoalkan.

"Kali ini mungkin berhubung soal diplomatik, tapi dalam musim akan datang, mungkin akan mencederakan pihak-pihak tertentu dalam negara kita pula,” katanya. - Bernama

Dah ramai yang 'tercedera', ada yang tak tidur lena mimpi hantu Altantuya gara-gara Wikileaks dedahkan hubungan Malaysia -Singapura , pembunuhan Altantuya yang kaitkan PM Najib dengan kes Altantuya.Hantu Altantuya kembali mengamuk macam filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Filem Melayu sekarang jadikan filem hantu sebagai tajuk utama pembikin filem kerana orang Melayu suka tengok cerita hantu dan tahyul. Dalam tv tiap-tiap malam ada saja drama Melayu dan filem Melayu tayang cerita hantu.

Dah terburai baru nak berjaga-jaga kena pulak atas batang hidung sendiri tu yang nak berjaga-jaga sakan tu. Cuba tak sebut Altantuya dalam laporan Wikileaks mampoih tak suruh berhati-hati simpan rahsia kerajaan.Seronok dengar ayat Rais Yatim yang berbunyi "mungkin akan mencederakan pihak-pihak tertentu dalam negara kita pula."

Umno-Bn lepaskan peluru bertalu-talu kepada Pakatan Rakyat semua peluru patah balik makan diri sendiri . Umno-Bn kelam kabut , Anwar pun kelam kabut nak kena jelajah satu Malaysia , PM Najib tak jawab lagi tuduhan Wikileaks terhadapnya. Cuma PM Najib kata jangan ambil kisah dakwaan Wikileaks.

1 ulasan:

  1. sume pakat nak cover diri masing2 sbb nak jaga undi...amanah yg dberi ni bkn lg krn Allah tpi krn pangkat, kuasa, harta dan lain2 yg senagkatan dgnnya...wallahua'lam

    BalasPadam