Jumaat, 31 Disember 2010

Berita kecut perut menteri:Bekas Presiden Israel Bersalah Merogol

Moshe Katsav
Moshe Katsav
Mahkamah dapati Moshe Katsav terbabit jenayah perkosa, gangguan seksual

BAITULMAQDIS: Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav, didapati bersalah semalam atas tuduhan merogol seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Kabinet dan boleh dihukum penjara sehingga 16 tahun.

Dalam kes yang menggemparkan negara itu, Katsav, 65, dituduh memperkosa seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelancongan pada 1998.
Mahkamah Daerah Tel Aviv juga mendapatinya bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan dan melakukan gangguan seksual membabitkan dua lagi wanita yang pernah berkhidmat di pejabatnya ketika beliau Presiden Israel.

Panel tiga hakim yang memutuskan kes juga menyifatkan keterangan Katsav penuh dengan pembohongan, lapor akhbar Haaretz.

Kes Katsav terbongkar pada 2006 apabila beliau yang masih Presiden mengadu bahawa seorang kakitangan kerajaan memeras ugutnya.

Wanita itu kemudian membuat aduan kepada polis, menceritakan serangan seksual ke atasnya dan menyebabkan beberapa lagi wanita turut mengadu kepada pihak berkuasa atas sebab yang sama.
Menurut pendakwaan, Katsav merogol mangsa A selepas memaksa mangsa pergi ke pejabatnya di Kementerian Pelancongan pada 1998.

Beliau juga memaksa mangsa ke sebuah hotel di Baitulmaqdis dan memperkosanya buat kali kedua di bilik tempat penginapan itu.

Kertas pendakwaan juga menuduh Katsav cuba menenangkan mangsa dengan berkata: “Bertenang, kamu akan sukakannya.”

Pendakwa juga menuduhnya mengganggu dua wanita lain ketika masih Presiden termasuk memeluk mereka tanpa izin dan membuat ulasan berbaur seks.

Pada ulang tahun ke-60 Katsav pada 2005, seorang pembantunya yang menawarkan ucapan selamat hari jadi kepadanya.

Katsav dituduh memeluknya, mencium leher mangsa yang mengadu kepada polis.
Tertuduh juga cuba memujuk mangsa mengubah keterangannya menyebabkan defendan didakwa cuba menyekat keadilan.

Katsav berkhidmat sebagai menteri dalam beberapa pentadbiran Likud sebelum dipilih sebagai Presiden pada 2000.

Beliau mendakwa menjadi mangsa perangkap politik atas alasan berasal daripada kaum Yahudi Sephardic yang dianggap berstatus rendah di negara Yahudi itu.
Katsav dilahirkan di Iran dan berhijrah ke Israel ketika masih kanak-kanak. – Berita harian online/Agensi

Ini kisah di negara Yahudi Israel Laknat yang talibarutnya Apco jadi penasihat Umno-Apco . Siapa yang kecut perut baca berita ini? Yang bersembunyi dalam kabinet PM Najib yang didakwa simpan perogol amahnya. Satu dunia tau kata ini Presiden kaki rogol . Malaysia punya menteri rogol amah masih selamat tapi tidur malam tak boleh lena takut jadi macam Presiden Israel.

Ini negara Yahudi bunuh umat islam hari-hari . 24 jam bunuh orang Palestine. Tapi Menteri makan rasuah masuk penjara, menteri cakap bohong hilang jawatan, menteri tipu rakyat hilang kuasa, Presiden merogol masuk penjara tak ada sapa boleh tolong!

Negara kita? Negara kita ngaku negara Islam , pemimpin cakap Islam berbuih-buih , semua kena ikut Quran nampak macam bagus tak ada dosa tapi jadi penipu nombor wahid.Kaki betina cakap pasal Islam, kaki rogol cakap pasal Islam , kaki rasuah cakap pasal Islam tapi sapu komisen kapal selam!, kaki pembohong dan penipu kata petrol tak naik harga rakyat kena tipu , Melayu kena tipu.Ulama jadi macam lembu dicucuk hidung cakap ikut kehendak Umno bukan kehendak agama.Tak pandai agama pegang jawatan agama sebab jadi barua Umno .Baca juga di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan