Musim cuti sekolah ni banyak betul kenderaan di lebuhraya utara -selatan.Orang ramai ambik kesempatan bercuti bersama keluarga balik ke kampung.Saya juga balik kampung di Kedah kenduri kahwin anak saudara.
Semalam (Ahad) sewaktu dalam perjalanan pulang arah ke Selatan saya melihat banyak kenderaan di tempat rehat macam musim perayaan. Saya singgah di hentian rehat Ulu Bernam untuk solat maghrib tapi melihat begitu ramai orang , parking kereta pun susah saya teruskan perjalanan dan singgah di hentian sebelah Rawang untuk solat. Bagaimanapun hentian sebelah Rawang pun ramai orang jugak. Saya tidak teruskan perjalanan lalu ke tempat wuduk untuk solat.
Hentian sebelah Rawang arah Selatan ni sama macam hentian sebelah yang lain sediakan sebuah pondok kecil untuk solat berukuran lebih kurang 8 kali 8 dan terbuka.Orang ramai terpaksa beratur dan tunggu giliran untuk solat disebabkan ruang yang disediakan untuk solat begitu sempit. Solat pun dalam keadaan tergesa-gesa kerana ada yang menunggu di belakang.Ada yang solat di kaki lima pondok kecil kerana tidak mahu tunggu giliran.
Tu satu bab . Tengah nak solat bau wap najis mula meresap masuk ke dalam lubang hidung kerana pondok kecil untuk solat tu berhampiran dengan tandas wanita.Ni yang tak tahan ni.Sepatutnya pihak PLUS memikirkan tempat yang lebih sesuai untuk solat dan sediakan tempat solat berasingan untuk lelaki dan wanita di hentian sebelah Rawang ini kerana hanya ada satu saja tempat solat di hentian sebelah Rawang.Oleh kerana hentian sebelah Rawang arah Selatan jadi tumpuan orangramai pihak PLUS(Projek Lebuhraya Utara-Selatan) sepatutnya mengutamakan keselesaan pengguna lebuhraya jangan hanya pandai tambahkan tempat untuk kencing dan berak tapi tempat untuk solat hanya ala kadar saja.
tempat solat kecil tpi tempat makan luas...nampak sgtle makanan fizikal lebih diutamakan berbanding makanan spiritual..patutlaa manusia zaman skrg ni bersifat kebinatangan sbb dgn solat shj yg dpt mngekang manusia dr berbuat jahat tpi ada jgk org solat tpi masih mlakukan maksiat...renung2kanlah....
BalasPadam