Rabu, 8 Disember 2010

Ni contoh gambar tindakan polis yang 'minima' semasa demo air






The Malaysian Insider 7/12/10 -Polis nafi bertindak luar batas undang-undang bagi leraikan demo;

Polis menafikan pihaknya bertindak di luar peruntukan undang-undang bagi meleraikan perhimpunan dan perarakan penyokong yang membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor di Masjid Negara Ahad lepas, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang minimum untuk menyuraikan kumpulan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah memberikan kerjasama dengan memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.-TMI

Gambar di atas ialah saudara Azmizam Zaman Huri Ketua AMK Kota Raja yang juga Naib AMK Pusat ketika ditahan pihak polis semasa demo air untuk rakyat Selangor Ahad lalu. Inilah yang dikatakan tindakan 'minima' polis semasa demo air!

Ini pulak berita yang diemail ke dalam blog ini oleh mediapekerja@gmail.com;

Selproa Kecam Kekerasan Polis Terhadap Orang Awam Semasa Perhimpunan Bantahan Kenaikan Harga Air

Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) merakam rasa kecewa terhadap tindakan pihak Polis yang menggunakan kekerasan secara keterlaluan semasa menyuraikan perhimpunan rakyat di hadapan Masjid Negara dan stesen KTM pada Ahad 5 Disembar lepas. Selproa juga menyarankan agar pihak polis tidak menjadi 'alat' pihak UMNO / BN untuk menghalang gelombang penentangan rakyat terhadap regim UMNO/BN.
Disertakan 4 keping foto yang menunjukkan pihak Polis bersikap kasar dan bertindak keterlaluan terhadap Sdra Azmizam Daman Huri, seorang ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK). Beliau adalah salah seorang daripada 60 orang yang ditahan pihak Polis pada hari tersebut.
Sementara itu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menganggap tindakan polis menembak gas pemedih mata dan menghalang peserta demonstrasi ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’ di Masjid Negara sebagai keterlaluan.
Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha’ani Abdullah yang hadir meninjau keadaan di sini melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan polis.

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya.”
Selproa berpendapat bahawa pihak Polis akan terus dicemuh oleh orangramai dan keadaan ini akan mengambil masa yang lama bagi rakyat menyakini 'keboleh percayaan' mereka terhadap pihak Polis.
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Presiden
SELPROA

1 ulasan:

  1. segala alasan yg di katakan sewaktu sidang akhbar adalah ayat skema atau lebih tepat lagi..ikut skrip..hahaha

    BalasPadam