Khamis, 9 Disember 2010

'Ketuanan Melayu' nak roboh Surau buat pembangunan

Malaysiakini- Bimbang diroboh, 80 kariah bermalam di Surau

Bimbang surau Madrasah Al Falah Kg Kerinchi di Kuala Lumpur yang berusia lebih 12 tahun akan dirobohkan, kira-kira 80 ahli kariah bermalam di sini sehingga pagi ini dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

surau madrasah al falah kg kerinchiSemuanya, gara-gara pihak pengurusan surau berkenaan dikeluarkan notis perobohan bertarikh 10 November lalu, yang berakhir hari ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan pembangunan.

"Dua tiga hari sebelum ini, saya menghubungi bahagian penguatkuasaan DBKL memberikan jaminan mulut, bahawa mereka tidak akan merobohkan surau ini," kata pengerusi Surai Jasni Abdullah.

"Mereka tidak memberi tempoh masa (penangguhan) dan tidak memberi (sebarang) alasan," katanya sambil menambah ia mula beroperasi sejak 1998.-Gambar Malaysiakini.

Berkaitan;
Nurul Izzah pertikai DBKL mahu roboh 'surau pembangkang'-The Malaysian Insider

Ini kerja ketuanan Melayu yang kata berjuang untuk agama dan bangsa..Porrah!
Bab-bab ni ketuanan Melayu memang handal, cekap dan pantas.
Buat lebuhraya, jalanraya kalau nampak kuil di depan boleh elak , boleh lencong jalan
Ada surau di depan tak boleh elak mau kasi roboh, kasi mampos!
Sebab ini kerja ketuanan Melayu , wang nombor satu, Satu Malaysia punya kerja.
Itu kepala lembu punya geng tak mau demo ka?
Perkasa, Pewaris tak mau demo ka pertahan surau?

2 ulasan:

  1. UMNO BN akan ikut demo bla parti lawan dok sibuk berdemo..tumpang populariti dan ambil kesempatan...

    BalasPadam
  2. panazzzzzzzzzzz......

    perangai buruk pemimpin umno

    skandal timbalan menteri dengan pegawai khas pm

    http://selangor-umno.blogspot.com/2010/12/skandal-timbalan-menteri-dengan-pegawai.html

    BalasPadam