Namun, kata Ketua Penerangan PAS Puat, Idris Ahmad jangan hanya nasihat itu ditujukan kepada ulamak supaya menegur kesilapan orang yang tidak sealiran dengan kerajaan sahaja.
Malahan, ujarnya teguran itu juga perlu ditujukan kepada pemimpin negara yang melakukan kemungkaran.
“Kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin lebih merbahaya jika tidak dicegah, berbanding dengan kemungkaran yang dilakukan oleh rakyat biasa kerana mereka difokus oleh media dan menjadi ikutan kepada rakyat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
PAS juga, tambahnya mengharapkan supaya golongan agama dalam Umno berani dan tegas menegur segala bentuk kemungkaran yang semakin teruk kerana ia dinaungi oleh pemerintah.
Katanya, ketika kerajaan mencadangkan di dalam Program Tansformasi Ekonomi dengan memasukkan cadangan supaya hiburan kelab malam dibuka sampai pagi, rakyat tidak mendengar lagi teguran yang dibuat orang agama dalam Umno walaupun program itu akan memusnahkan jiwa manusia.
“PAS tidak tahulah kalau teguran itu dibuat dalam bahasa isyarat kerana kemungkinan kerajaan dan ulamak dalam Umno ‘orang kurang upaya’ (OKU),” ujarnya sinis.
Tegasnya, teguran yang paling berkesan sekali ialah kepada pemimpin negara sebagaimana hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: Penghulu kepada orang yang mati syahid ialah Hamzah Abdul Mutalib dan lelaki yang bangun menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim, lalu dibunuh.
Menurutnya, rakyat tentu masih ingat ketika kabinet mengarahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menyediakan garis panduan hiburan, kerajaan hanya membakulsampahkan sahaja.
Sedangkan, ujarnya orang agama dalam Jakim ialah kakitangan kerajaan, bukan daripada ulamak PAS dan tidak ada mana-mana parti.
“Jika teguran Jakim pun kerajaan tidak mahu dengar apalah yang hendak diharapkan kepada perkara yang lain,” katanya.-Harakahdaily.
Berkaitan;
Jakim jumpa mufti dipercayai berhubung isu bukan Islam guna ayat Quran-TMI
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan (gambar) didakwa oleh UMNO (yang x reti pun Quran) sebagai salah tafsiran pada Surah Al-Imran ayat 190 . Beliau memetik tafsiran surah Ali-Imran itu ketika berbahas dalam Kongres Tahunan PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.
BalasPadamDisini ana memetik terjemahan Kesavan berbunyi: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal... agar kita sentiasa berfikir agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun. " ('bolt hitam' adalah huraian Kesavan pada maksud ' manusia berakal' bagi ayat 190)
Ianya bertepatan dengan tafsiran ayat itu berbunyi seperti berikut:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal". (Al-Imran : 190)
Jadi apakah yang ditafsirkan oleh wakil PKR itu salah ke wahai UMNgOk????