Masalah komunikasi punca pesawat KM Melaka kena tahan-Malaysiakini
Masalah komunikasi dan peraturan semasa mengisi minyak dipercayai menjadi punca pesawat khas jenis BAE 146-200 yang membawa 80 penumpang termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditahan di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, Indonesia petang Selasa.
Beliau berkata pesawat itu ditahan kerana ada penumpang turun ke landasan sambil menghisap rokok sewaktu pesawat yang disewa dari Heritage Air berkenaan berhenti untuk mengisi bahan bakar.
"Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang melihat keadaan itu telah bertindak untuk memeriksa semua penumpang di lapangan terbang itu dan juga memeriksa sama ada pesawat itu dibenarkan untuk berhenti di lapangan terbang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kilang AUO Sunpower Corporation oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Alor Gajah, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan pesawat itu yang membawa rombongan kerajaan negeri Melaka yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.
Pesawat itu dalam penerbangan pulang dari Dili, Timur Leste dan ditahan pada kira-kira 2 petang waktu Indonesia sebelum dibenarkan berlepas ke Melaka pada pukul 11 malam dan tiba di LTAM di Alor Gajah pada pukul 2.15 pagi.
Enam penumpang pesawat itu termasuk Mohd Ali, isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan pengawal peribadi kepada Ketua Menteri dibenarkan pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).-Malaysiakini.Baca semua klik tajuk.
Ali Rustam kata ada penumpang turun hisap rokok, Ali Rustam sebagai KM Melaka mungkin la tak hisap sama ,takkan tak boleh bagi nasihat takkan tengok ja anak buah hisap rokok tempat bahaya. Malukan Malaysia ..Bangang punya Ketua Menteri!
Pergi dengan pesawat sewa khas balik dengan flight MAS. Awat tak guna flight MAS pergi balik, tak boleh sewa ka MAS punya?Sewa pesawat khas sapa bayar?
teringat usrah sorg teman...org islam ni berjuang utk palestin bersungguh2 tpi dlm masa yg sama rokok di mulut mnyokong yahudi...wallahua'lam
BalasPadam