Rabu, 1 Disember 2010

Isu Air Selangor: Puak 'kacau daun' pun nak demo

Istana Negara menjadi tumpuan dua kumpulan anti dan pro-kerajaan Selangor yang mahu menghantarkan memorandum masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong Ahad ini.

Bagaimanapun, angka kumpulan berbaju merah yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka jauh melebihi peserta perhimpunan yang menamakan diri mereka Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dengan pakaian hitam.

Khalid dijadual menyerahkan memorandum dan petisyen 100,000 rakyat Selangor meminta Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

Manakala Gaps pula mahu menyerahkan memorandum dan 'bukti penyelewengan 30 perkara' di negeri itu, antaranya berhubung isu pembelian hutang syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan 'kegagalan' mengutip hasil pasir seperti yang dijanjikan.

Mengulas kemungkinan berlakunya pertembungan, penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor Badrul Amin Bahrom menyifatkan tindakan Gaps merancang berhimpun pada hari yang sama sebagai satu provokasi.

"Apa yang yang kita boleh buat, menasihatkan peserta kita tidak termakan provokasi mereka.

"Mereka hendak bawa, bawalah. Itu hak mereka. Cuma, kita 20,000, mereka 2,00 orang. Jadi faham-fahamlah, kita pun manusia juga," katanya yang juga pengarah komunikasi di pejabat menteri besar.-Baca lagi di Malaysiakini Ombak merah dan hitam banjiri Istana Negara.

Berkaitan;
Isu Air :Mahasiswa ikrar iring MB S'langor berdemo-Malaysiakini
MB dilantik anggotai Ahli Dewan Diraja Selangor-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. org nak serah memorendum..depa nak serah memeorendum...kalo org kata depa suka ikut kt depa marah..skrg ni dah tnyata spe suka tiru spe...

    BalasPadam