Jumaat, 17 Disember 2010

Adun Tenang meninggal dunia , buka laluan pilihanraya kecil ke 14

Sulaiman Taha
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN meninggal dunia di sini awal pagi tadi, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008.

Ketua Umno Labis itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1.10 pagi di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini - di mana Allahyarham dirawat sejak hampir sebulan lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Wakil rakyat dari Johor itu dimasukkan ke Hospital Segamat selama dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri pada 24 November.

Sulaiman, 59, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada pukul 12.45 tengah malam tadi sebelum disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noraini Yaakop dan tujuh anak.

Wakil rakyat Umno itu telah menjadi wakil rakyat selama dua penggal.

Jenazah Sulaiman terlebih dahulu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Ubudian Ampang Tasik sebelum dibawa ke Labis untuk dikebumikan.

Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang pada pilihan raya umum 2008 dan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

DUN Tenang berada dalam bahagian Parlimen Labis, yang menjadi kubu kuat Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan kini disandang oleh anaknya, Chua Tee Yong.

Satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Labis ialah Bekok yang turut dimenangi BN.-The Malaysian Insider. Baca lagi di sini.

Takziah buat keluarga Allahyarham..

Berkaitan;

Adun Tenang, Sulaiman Taha meninggal dunia -Malaysakini

1 ulasan:

  1. Takziah diucapkan kpd keluarga Allahyarham...rasa mcm br jek lpas prk galas...ni xlama lg bakal prk tenangla pla

    BalasPadam