Isnin, 27 Disember 2010

Kerajaan Selangor Dapat 'Khusrin' Lagi?


Saya ada kata dalam blog saya khabar angin di Malaysia banyak yang betul daripada yang tak betul. Terkini kerajaan negeri Selangor yang diperintah PR terpaksa menerima Khusrin bekas Pengarah Jais orang yang tidak sealiran dengan mereka untuk menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

'Khusrin' dalam bahasa arab kalau tak silap bermaksud kerugian.Pusing pi pusing mai Khusrin juga yang kerajaan negeri Selangor dapat. Dah tak boleh nak elak kerana jawatan tersebut pihak Ketua Setiausaha Negara lebih berkuasa tentukan siapa yang layak jawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.Nama lain pun ada dipilih pihak kerajaan negeri tapi ditolak. Kenapa?

Siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi dengan kedudukan Khusrin sebagai SUK Selangor? Khusrin akan jadi 'lembu laga' kerajaan pusat untuk bertembung dengan kerajaan negeri yang diperintah kerajaan PR di Selangor.Yang 'gerenti' tak rugi ialah Khusrin yang akan sapu gaji dan elaun tiap-tiap bulan.

Zaman sekarang nak naik pangkat atau bertukar jawatan walaupun dah pencen cukup senang, anda kena jadi pembodek, pengampu, penjilat kerajaan yang korup dan pak turut kepada Umno-Bn. Setakat bekerja secara lurus, amanah, tegas dan berhemah anda tidak akan ke mana-mana cukup time , cukup tempoh anda akan diberhentikan tanpa ada sebarang tawaran baru untuk anda.

Berkaitan;
Lantikan Pengarah Jais SUK muktamad, kata Istana Selangor-TMI
Mohd Khusrin ganti Ramli sebagai SUK Selangor-TMI
Perlantikan Khusrin tak muktamad, MB jumpa Sultan-Malaysiakini
Lantikan SUK Selangor:Adun harap tiada sabotaj-Malaysiakini

4 ulasan:

  1. drp khusrin...baik suruh khusron yg jadi setiausaha kerajaan negeri

    BalasPadam
  2. dah tak de orang lain ke yang layak? Kalau tak mengenangkan jawatan pengarah JAIS dilantik sultan dah lama dah Pakatan Rakyat melobi untuk menurunkan Khusrin ini dari jawatannya. Tup tup jadi KSU pulak. Lagi parah.

    Nampaknya sikitol-sikitol selangor akan berdendang. Talian hayat mereka disambung sejengkal lagi.

    BalasPadam
  3. aduha adeh --macam nak sabotaj kerajaan PR selangor je ni

    BalasPadam
  4. Biasa le ketua perhubungan UMNo Selangor adalah Najib... a=Ni arahan terus dari Najib...

    BTW.. daripada dia jadi pengarah JAIS dan berselindung disebalik nama Sultan, dalam hal ehwal agama Islam, baik dia jadi SUK.. dia dah tak boleh berselindung dibalik nama Sultan dah.... dan akan bertanggungjawab dengan MB/Kerajaan Selangor ... biar padan muka dia...

    BalasPadam