Jumaat, 3 Disember 2010

Bahaya besar menunggu bila hanya umat Islam 15% saja solat

Malaysiakini- 'Hanya 15% solat'-timbulkan kekecohan;

BN mengketepikan kaji selidik yang dijalankan sekitar Lembah Kinta oleh pakar motivasi, Dr Fadzillah Kamsah yang mendapati hanya kira-kira 15 peratus umat Islam di Perak menunaikan solat.

Menteri Besar Perak yang singkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengungkitkan perkara itu dalam soalan lisannya di dewan undangan negeri dan mahu jawapan berhubung peratus umat Islam yang menunaikan solat lima waktu setiap hari.

Dalam jawapannya, Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata adalah mustahil kajian seumapama itu dijalankan pada masa yang singkat bagi menentukan peratusannya.

Katanya dakwaan Nizar itu adalah tidak tepat dan menyoal sama ada Fadzillah membuat analisis ataupun bancian kerana kedua-dua perkara itu adalah berlainan.

“Ia mungkin lebih 15 peratus di sesetengah tempat manakala tempat-tempat lain mungkin kurang 15 peratus. Jadi bagaimana kita tentukan dan buat kesimpulan hanya 15 peratus umat Islam bersolat?” soalnya.

Kedua-dua mereka kemudian bertikam lidah berhubung usaha parti masing-masing dalam menggalakan umat Islam di Perak menunaikan solat.-Malaysiakini.

Orang-orang Melayu yang beragama Islam lebih seronok dan leka dengan dunia hiburan yang disogok siang malam , solat dah tak jadi keutamaan. Bahaya besar besar menunggu kita dan generasi akan datang jika solat dipandang remeh semua pihak.

5 ulasan:

  1. Cuba kalau kajian tu kata hanya 15% rakyat Perak sokong Pakatan Rakyat. Sah dia akan jaja di semua media yang disenarai hitam di Kedah hari tu.

    BalasPadam
  2. solat mrupakan tiang agama...tpi hasil kajian menunjukkan hanya 15% shj umat islam yg menunaikan solat..ini bermakna 85% umat islam tidak menunaikan solat...sgt mnyedihkan...bala Allah smakin hari smakin bnyak tpi masih ramai lg yg xsedar dan ambil iktibar...kalo solat fardhu pun ramai yg xtunaikan, solat2 sunat apaath lg...dunia2..jgn tertipu dgn sandiwara dunia yg sementara ni..akibatnya merana hdup dakhirat kelak

    BalasPadam
  3. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
    keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal..!

    BalasPadam
  4. Aik..sampai bab nak suruh orang sembahyang pun dah mula nak dipolitikkan??? Tanggungjawab tu tanggaungjawab bersama...sama-samala kita tegakkan. Janganlah nak mencari salah saja antara sesama jemaah.. Parti saja yg berbeza, aqidah tetap sama..
    Kalau DAP yg begitu banyak perbezaan, PAS boleh berkompromi..semaikan sifat penyayang sesama mukmin kan lebih mulia.. Ni kira nak berperang saja ni.. Susah la bila dah letak politik atas melebihi agama...

    BalasPadam
  5. aper ke bodoh nyer. Sapa yang merentah perak sejak dulu kini dan entah sampai bila entah?

    Soal solat, soal jabtan agama islam negeri, soal kerajaan.. kalo dah tak solat, bermakna xreti alfatihah.. dah tentu xmengucap 2 kalimah sahadah paling kurang 9 kali dalam 1hari..
    korang rase la diorang bleh ucap syahadah tak time nyawa dihujung halkum?

    sudah la bro.. maner org perak.. maner melayu-muslim.. moh kite samer2 gerakkan masyarakat..

    BalasPadam