Jumaat, 3 Disember 2010

Telan Kenyang-Kenyang Ketuanan Melayu : Minyak , Gas , Gula Naik Harga


Hari ini gerombolan GAPS hantar memorandum kepada Sultan Selangor di Istana Kayangan di Shah Alam nak pertahan ketuanan Melayu dan minta Sultan Selangor haramkan Anwar Ibrahim jijak kaki ke Negeri Selangor. Mereka disertai ngo Perkasa dan Jaringan Melayu Malaysia.Gambar di atas daripada Malaysiakini.Dilaporkan mereka melalak dan menjerit seperti laporan berikut;

Peserta dalam perhimpunan berkenaan antara lainnya turut melaungkan slogan seperti "Hancur PR, Hancur Anwar, Tangkap Khalid", "Hidup Melayu", "Daulat Tuanku" serta turut membawa sepanduk tertulis "Ketuanan Melayu atau ketuanan Anwar."-Malaysiakini Gaps:Lucut Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor (Klik tajuk baca semua).Aku tak pernah tengok puak ni kata apa pun bila barang naik harga. Mereka hanya berkubang dengan Ketuanan Melayu pagi petang siang malam.

Dalam media Umno tv3 pula keluar di screen tv perkataan 'naik' menunjuk kepada barang naik harga. Tak berani tulis 'barang naik' sensitif brother! Kemudian minta pulak supaya rakyat menerima dengan pasrah kenaikkan harga barang. Lepas tu kata pulak harga minyak kita masih murah jika dibandingkan dengan Thailand, Indonesia dan negara serantau..nak seragamkan harga !Tuiihh!Berita barang naik tak lama sat saja , tu perangai media Umno yang jadi tatapan orang Melayu seia sekata sehati sejiwa.

Berikut berita kenaikkan harga barang keperluan rakyat;

Harga petrol RON95 sah mengalami kenaikan lima sen seliter manakala gula pula 20 sen sekilogram (kg) mulai tengah malam ini — kenaikan kali kedua harga produk itu sejak Julai lalu, di bawah dasar pelarasan subsidi diperkenalkan pentadbiran Najib.

Turut mengalami kenaikan ialah diesel, naik lima sen kepada RM1.80 seliter.

Ekoran pelarasan itu, RON95 akan dijual RM1.90 seliter.

Pelarasan itu juga membawa kepada kenaikan gas petroleum cecair (PLG) kepada RM1.90kg iaitu naik lima sen berbanding sekarang.

Kedua-dua bahan api petrol dan diesel serta LPG dan gula mengalami kenaikan pada Julai lalu apabila dasar pelarasan diperkenalkan dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan subsidi.

Petrol RON97 yang tidak disubsidi telah mengalami kenaikan pada 1 November dan 1 Disember lalu, tetapi kerajaan tidak membuat pengumuman atas alasan ia perubahan kerana pengapungan harga.

RON97 tidak mengalami kenaikan kali ini.

The Malaysian Insider tengah hari tadi melaporkan produk-produk itu akan mengalami kenaikan mulai tengah malam ini.

Dengan pelarasan kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM621.9 juta dari produk petrol RON95, RM213.2 juta (diesel), RM63.5 juta (LPG) dan RM283.5 juta (gula) setiap tahun ataupun RM1.18 bilion.

The Malaysian Insider Petrol Ron 95 dan diesel naik 5 sen , gula mahal 20 sen (Baca semua klik tajuk).

Duit yang jimat berbilion ringgit disebabkan kenaikkan harga barang kerajaan Umno-Bn bawa pi mana? Ada NGO-NGO di atas tu ambik berat pasai barang naik harga?Hang pa telan la kenyang-kenyang ketuanan Melayu rakyat sengsara dengan kenaikkan harga barang jangan ambik peduli, jangan ambik kisah janji Anwar Ibrahim tak boleh jijak kaki ke negeri Selangor sudahla.

RM52 Bilion saham bumiputera hilang
ada NGO2 penjilat parti Umno tu ambik tau dan ambik kisah, tanah rezab Melayu hilang ada puak-puak tu pi melalak hantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu ambik tindakan kepada pemimpin Umno supaya ditendang keluar daripada Malaysia?Semua dah hilang hang pa nak pertahan apa lagi?

Berkaitan;
4 dalam 1: Harga petrol, diesel , gas , gula naik lagi-Malaysiakini
MPEN:jual GLC bagi biayai dana kekayaan negara-Malaysiakini
BN zalimi rakyat marhaen-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. skrg nikan dah nak pilihanraya walaupun puak2 UMNO BN penyahihkan..harga naik ni nak tampung pilihanrayalah...nak pilihanraya gna duit rakyat..keuntungan negara masuk poket depa...adil ke??? yg mrana rakyat..hidup senag lenang depa...cba tgk contoh khalifah2 pd zaman Rasulullah...harta kekayaan sume utk rakyat..bkn utk kepentingan sendiri..renung2kanlah...betapa bezanya generasi dulu dan skrg..itulah bezanya bla Islam mjadi pegangan hdup dan redha Allah yg dcari dlm hidup

    BalasPadam