Selasa, 21 Disember 2010

Siapa main siapa?

Setelah puas media Umno -BN menyerang PKR kini mereka tala pulak media mereka kepada DAP. Satu persatu diserang dengan pelbagai label ikut nak terkeluar daripada mulut pemimpin Umno-BN.Ada saja yang nak digelar kepada PR seperti parti DAP ikut contoh PAP di Singapura.

Media Umno pun kutip sampah yang dibuang PKR yang suka menghentam bekas partinya dan PR ikut nak terkeluaq dari mulut Zul Noordin , ahli parlimen Kulim Bandar Baharu yang dah tak laku dan rakyat pun dah buat tak tahu dengan Zul.Sesuatu yang Zul suka sebut ialah 'pak jenggoat' yang ditujukan kepada Pas yang katanya suka ikut cakap DAP. Zul pun ada 'jenggoat'. Hanya 'jenggoat' Zul saja yang nampak alim!

Kata Zul tu dalam Utusan Malaysia Online yang petik kenyataan Zul dalam blog beliau;
Masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mahu mendapatkan kuasa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, umat Islam harus sedar dengan 'silap mata' DAP itu kerana matlamatnya hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut berkuasa.

Beliau meminta penduduk Islam melihat apa yang berlaku di Singapura, bagaimana umat Islam di negara tersebut dipinggirkan selepas menjadi alat kepada bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew dan parti PAP untuk memperoleh kuasa.

"Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.Baca di sini.

Sapa yang bagi Singapura kepada Lee Kuan Yew? DAP atau Umno-BN?Adakah parti Gerakan saja yang boleh orang Melayu berpayung di Pulau Pinang. Umno dapat banyak kerusi di Pulau Pinang semasa berkuasa dulu adakah Ketua Menterinya orang Melayu?

Kalau DAP tak mau kepada Islam Umno kata DAP anti Islam, bila parti itu mula berjinak-jinak dengan Islam Umno kata DAP cuma nak main silap mata.Adakah Gerakan lebih baik daripada DAP layan orang Melayu di Pulau Pinang?

Si pengkhianat kata dia bukan pengkhianat Melayu tapi menuduh pihak lain sebagai pengkhianat. Orang Melayu di Pulau Pinang kalau puji Lim Guan Eng perintah Pulau Pinang itu dianggap sudah kena main dengan DAP tapi kalau Gerakan yang perintah Pulau Pinang haa itu baru betul-betul punya jaga hak Melayu Pulau Pinang.

Islam bukan hak Pas, PKR, Umno dan sapa-sapa pun tapi Islam ialah agama disisi Allah SWT. Kita tak boleh nak paksa orang lain amalkan Islam sebagai cara hidup. Kalau kita benci dengan ajaran Islam sedangkan orang bukan Islam nak tiru gaya hidup Islam salah ka?Siapa yang nak buang perkataan Islam kepada pertubuhan Islam di Malaysia?Umno atau siapa? Siapa main siapa?

Baca juga;
Negara Islam:Nik Aziz ucap tahniah pada Karpal-Harakahdaily
Saman untuk pertahan kebenaran-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. ISLAM ni bukan tumpu pd org melayu shj..ISLAM tu Allah akan bg pd siapa yg dikehendaki...dan org ISLAM xblh sekat org bukan ISLAM nak berjinak2 dgn ISLAM..sepatutnya kt perlu membantu mereka lebih mngenal ISLAM..ISLAM itu indah..Allah is always around US...

    BalasPadam