Khamis, 23 Disember 2010

Siapa Bekas Menteri Rogol Amah?

Banyak kerja hari ni tak dan nak tengok apa. Tengok -tengok ada berita bekas menteri kabinet zaman Pak Lah jadi PM dulu rogol amah sendiri. Pak Lah pulak dikatakan mengetahui kerja rogol merogol amah ni tapi hanya digugurkan sebagai menteri!

Menteri rogol amah tetapi selamat-Harakahdaily

WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan , menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.-Harakahdaily.

Menarik;
Adun Selinsing cabar Umno dedah bukti 'berzina' di koc keretapi
-The Malaysian Insider.

Ini cerita tak ada bukti dan perlu dibuktikan . Pak Lah kalau tak betul kena nafi laporan wikileaks. PM Najib pulak bila laporan Wikileaks kaitkan beliau dengan Altantuya hanya berkata jangan ambik kisah laporan Wikileaks.

Berkaitan;
Pak Lah covered up minister's rape case-Malaysia today
Zina:Pas kaji tindakan undang-undang-Harakahdaily

3 ulasan:

  1. bro .,

    menteri tu siapa gerangan nya ?

    BalasPadam
  2. john labu,
    agak-agak siapa menteri kena gugur zaman Pak Lah..

    BalasPadam
  3. Bekas menteri itu Syed Botak?

    BalasPadam