Isnin, 6 Disember 2010

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya...


Bekas MB Selangor Khir Toyo dan rakannya hari ini telah diheret ke mahkamah sesyen Shah Alam atas dakwaan rasuah. Dakwaan rasuah terhadap Khir bagaimanapun terselamat daripada dipenjarakan kerana Khir dan rakannya boleh bayar wang ikat jamin RM750,00 seorang. Banyak duit Khir Toyo boleh bayar ikat jamin RM750,000.

Gerombolan Umno dan 'team' Noh Omar yang akan diangkat jadi Ketua Umno Selangor tak lama lagi tentu sedang ketawa besar dengan nasib yang menimpa Khir Toyo. Apa pun Khir belum didapati bersalah selagi mahkamah belum jatuh hukum bahawa Khir Toyo bersalah.Banyak dakwaan terhadap Khir sebelum ini tapi belum pernah ke mahkamah tapi kali ni Khir dah kena jijak kaki ke Mahkamah.

Harakahdaily- Kes Khir Toyo dipindah ke Mahkamah Tinggi;

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menangkap dan membuat pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, 45, yang merupakan bekas Menteri Besar Selangor dan Datuk Shamsuddin Hayroni, 54, di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mohamad Khir dituduh atas kesalahan mendapat barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo yang berharga RM3.5 juta pada tahun 2007 melalui Shamsuddin yang merupakan Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat SPRM hari ini, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mereka dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM750,000.00 seorang dengan seorang penjamin.

“Kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan tarikh perbicaraan akan ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi kelak,” kenyataan itu menambah.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, mereka boleh dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bersama Ketua Bahagian Pendakwaan, Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Timbalan Pendakwaraya, Dzulkifli Ahmad di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Mohamad Khir diwakili oleh peguam Athimulan & Co. Manakala Shamsuddin tidak diwakili oleh mana-mana peguam.-Harakahdaily

Berkaitan;

Istana gaya Bali:Khir Toyo hadapi tuduhan rasuah miliki lot tanah, banglo-TMI

Khir Toyo didakwa atas tuduhan rasuah-Malaysiakini
AG perjelas mengapa Khir lewat didakwa-Malaysiakini
Khir lepas jawatan ketua pembangkang Dun Selangor-Malaysiakini
Khir :Undang-undang akan bersihkan nama saya-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. betul tu..spandai2 tupai mlompat akhirnya jatuh ktanah jua...nak sembunyi kslahan dr manusia tpi dr Allah tidak skali.. stiap kesalahan sbesar bijih zarah pun Allah akan balas begitu juga sebaliknya...lebih untung mjadi org baik dr mjadi org jahat..fikir2lah mana halatuju kt..mjadi insan yg bjaya ddunia dan akhirat atau insan yg lalai dr perintah Allah dan rasulnya dan akhirnya terjerumus dlm kancah dosa dan balasan klekas neraka..nauzubillahimin zalik

    BalasPadam