Ahad, 26 Disember 2010

Sapa nak percaya 1Malaysia bukan alat politik?

Sapa nak percaya bila PM Najib kata 1Malaysia bukan alat politik?Mantan PM Pak Lah dengan Islam Hadharinya sudah tak disambung malah sudah hilang dibuang Najib ke dalam longkang.

Islam Hadhari ghuyub yang ada Salam Satu Malaysia bidaah ciptaan 1Malaysia.Salam 1Malaysia tidak ada dalam ajaran Islam sunni maupun Islam Syiah cuma muncul bila 1Malaysia diwujudkan Najib bila naik jadi PM.

PM Najib riuh, Muyiddin pun bising bila di Selangor Pihak Berkuasa Tempatan tak benarkan logo 1Malaysia dalam iklan di Selangor.

Kalau 1Malaysia bukan alat politik ,kenapa gambar MB Selangor tak dibenarkan digantung di sekolah -sekolah rendah dan menengah kebangsaan sebagai pemimpin kerajaan negeri, selaku MB Selangor yang sah?Bukankah tindakan melarang gambar MB di Selangor digantung di sekolah-sekolah sebagai politik balas dendam Umno -Bn yang hilang kuasa di Selangor?MB Selangor bukan MB PR tapi MB Negeri Selangor.Mau tak mau ini hakikat yang kena terima.Perangai busuk Umno-Bn ni kalau kena atas batang hidung mereka hendak dikambuih dan disembunyikan dan mereka melalak kesedihan hanya kerana logo 1Malaysia tak dibenarkan di Selangor.

Tu di Selangor di Kedah pun sama gambar MB Kedah juga tak dibenarkan digantung di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Kesiaaan.Bagi tilam banjir pun kena ada 1Malaysia, tiap-tiap malam mangsa banjir yang dapat tilam 1Malaysia dok mimpi 1Malaysia Rosmah Mansor yang punya.1Umno dapat tilam 1Malaysia, bukan Umno dikemudiankan penyokong Umno-Bn didulukan. Baca di sini.

Baca juga:Pas:1Malaysia memang alat politik Umno-Bn-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Salam, ziarah.

    Mohon link blog kami. Blog tuan sudah kami link.tq

    wmpaspb
    facebook paspb comuniti

    BalasPadam